suria

Hang Tuah fail rayuan keputusan surat wakil kuasa Jins Shamsuddin, muat naik video penjelasan di YouTube

Hang Tuah masih meneruskan kes rayuan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

KEMELUT keluarga Allahyarham pelakon Tan Sri Jins Shamsuddin nampaknya masih belum berakhir apabila anak keduanya iaitu Hang Tuah masih lagi ingin mempertahankan haknya terhadap tuntutan yang dibuat sebelum ini.

Hang Tuah atau Hang Tuah @ Shazrin Mohamed Jin, berkata, tujuan dia dan abang sulungnya iaitu Jefri Jins memfailkan rayuan terhadap keputusan kes berhubung surat wakil kuasa pada Januari lalu demi memperjuangkan keadilan.

Kata Hang Tuah, dia mahu kesemua harta aktor berkenaan dibahagikan mengikut hukum Islam.

"Tujuan kami membawa kes ini ke mahkamah bukanlah disebabkan soal harta atau kepentingan individu tetapi adalah untuk memperjuangkan keadilan Allahyarham Jins dan semua waris keluarga beliau.

Kemelut antara Hang Tuah dan Jefri masih belum berakhir.

Kemelut antara Hang Tuah dan Jebat masih belum berakhir.

"Kami berjuang di mahkamah untuk membatalkan surat wakil kuasa bagi penjualan tanah tersebut dan mengembalikan tanah yang disyaki telah dijual tanpa kerelaan arwah.

"Kami juga mahu membahagikan kesemua harta arwah kepada waris yang berhak mengikut hukum faraid," katanya.

Hang Tuah berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di YouTube miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hang Tuah sangkal dakwaan Hang Jebat fail saman sebab dendam, mahu harta Jins Shamsuddin dibahagi secara faraid

ARTIKEL BERKAITAN: Isu tanah Jins Shamsuddin berharga RM2.75 juta, Hang Tuah, abang saman Hang Jebat

Dalam pada itu, Hang Tuah turut menjelaskan punca mereka memfailkan saman terhadap Jebat yang dikatakan cuba menyembunyikan fakta-fakta tentang penjualan tanah dan kereta milik Allahyarham bapa mereka.

"Jebat memberitahu tanah tersebut tidak pernah dijual cuma disewakan dan nombor plat kereta juga tidak dijual, hanya ditukarkan kepada kenderaan lain.

"Tapi sebenarnya dia (Jebat) dah jual pun, maknanya Jebat cuba menyorokkan fakta-fakta ini dengan kami.

"Ia menunjukkan Jebat tidak memberitahu kami perkara yang benar dan kerana itu kami mengambil keputusan untuk menyaman," ujarnya.

Untuk rekod, Hang Tuah, Jefri dan Hang Jebat merupakan adik-beradik berlainan ibu.

Jefri ialah anak hasil perkahwinan pertama Jins dengan seniwati Rahmah Rahmat.

Allahyarham kemudian bercerai dan berkahwin dengan Jamilah Shukor dan mendapat Hang Tuah.

Beliau kemudian berkahwin untuk kali ketiga dengan Puan Sri Halijah Abdullah dan dikurniakan dua orang anak iaitu Putera Hang Jebat dan Putera Hang Nedim.

Hang Tuah membuat penjelasan menerusi video di saluran YouTube.

Hang Tuah membuat penjelasan menerusi video di saluran YouTube.

Dalam tuntutan saman itu Hang Tuah bersama Jefri selaku plantif memfailkan saman bagi menuntut ganti rugi dan deklarasi pembatalan surat kuasa wakil hak milik tanah pada 3 Januari 2019 di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Tuntutan saman tersebut dibuat kepada tiga defenden iaitu Putera Hang Jebat Mohamed Jin, peguamnya yang bernama Rosal Azimin Ahmad dan pemilik terkini tanah tersebut iaitu Barakatul Kamaria Ahmad.

Menurut Hang Tuah, dia mengesyaki tanah tersebut telah dijual dengan menggunakan tanda tangan palsu Jins sedangkan ketika itu arwah menghidap penyakit Alzheimer (nyanyuk).

Pada Januari 2023, Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan surat wakil kuasa itu sah, seterusnya menolak tuntutan oleh Hang Tuah dan Jefri.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan