suria

Nabila Huda dituduh pencuri budaya Indonesia, individu ugut mahu culik anaknya

Nabila bimbang ada individu ugut mahu menculik anaknya.

PELAKON Nabila Huda mendedahkan menerima ugutan daripada seorang individu dipercayai rakyat Indonesia selepas mendakwa dia mencuri budaya negara berkenaan.

Lebih mengejutkan lagi apabila individu sama mengugut mahu menculik anak perempuannya iaitu Keisha Laila dan perkara itu membuatkan Nabila berasa bimbang akan keselamatan keluarganya.

"Nabila Huda adalah 'claimer' nombor satu, pencuri budaya Indonesia!

"Saya akan culik anak awak kalau awak masih 'claim' tentang budaya Indonesia," tulis individu berkenaan di laman X.

abil

Nabila menerima ugutan daripada individu tidak dikenali.

Dalam pada itu, Nabila atau Nabila Huda Suhaimi, 39, turut meminta pengikutnya memberi respon terhadap ugutan dibuat terhadapnya.

Bagaimanapun akaun individu itu tidak dapat diakses selepas diletakkan dalam mod privasi diperayai bagi mengelak dia diserang netizen dan peminat aktres berkenaan.

Warganet turut menyarankan Nabila membuat laporan polis demi keselamatan diri dan keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Seminggu tak ke dapur masak buat keluarga, Nabila Huda rasa gagal jadi perempuan

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Huda kena kencing dengan kucing kesayangan, kongsi cerita bela Aoki sebelum dapat Keisha

Malah ramai mengecam tindakan individu terbabit dan berpendapat dia buta sejarah.

"Ini yang susah bila rakyat Indonesia buta sejarah sedangkan asimilasi budaya terjadi di negara-negara Nusantara!

"Bab budaya ini aku dah malas nk ajar dia orang. Mereka tak pernah belajar.

"Kena buat laporan polis ini, main ugut-ugut macam itu yang bahaya," antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain