suria

Foto pangku bayi sama di restoran buat peminat tertanya-tanya, doa Syafiq Kyle dan Mimi kembali bersama

Foto Mimi dan Syafiq dipercayai keluar bersama gembirakan hati peminat.

SELEPAS kecoh pembatalan pernikahan yang sepatutnya berlangsung pada Ogos lalu, nama pelakon Syafiq Kyle dan Mimi Lana kembali menjadi bualan ramai apabila didakwa sudah kembali bersama.

Ia susulan video tular memperlihatkan mereka makan malam bersama di sebuah restoran yang terletak di Setapak, Kuala Lumpur.

Seorang pengguna TikTok turut mengucapkan terima kasih kepada pasangan berkenaan kerana sudi singgah menikmati hidangan di kedai makan milik datuknya.

mimi sya

Antara peminat yang turut bertemu Syafiq dan Mimi di kedai makan sama.

"Terima kasih aunty Mimi dan uncle Syafiq datang kedai Tok Umi saya," tulisnya.

Lebih menguatkan dakwaan tersebut apabila pasangan berkenaan turut memangku seorang anak kecil yang memakai pakaian yang sama.

Tidak hanya itu menjengah ke ruangan komen pula, terdapat beberapa netizen mendakwa pernah melihat pasangan berkenaan membeli barang bersama di sebuah pasaraya sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Mimi Lana kini di luar negara, kongsi foto sehari sebelum tarikh sepatutnya nikah

ARTIKEL BERKAITAN: Mimi Lana muat naik video bersama Syafiq Kyle, peminat yakin masih bersama walau batal nikah

Malah mereka juga mendakwa terlihat Mimi dan Syafiq berada di sebuah panggung wayang dan mengandaikan mereka pergi menonton wayang bersama.

Dalam pada itu, peminat turut tumpang gembira jika benar pasangan itu kembali berbaik selain mendoakan agar mereka dipertemukan jodoh.

"Semalam nampak dia orang shopping kat Jaya Grocer weh. Comel betul!

"Rasanya ini dah kali kedua. Ke sebenarnya dia orang tak pernah putus.

"Tolonglah kahwin! Sampai seorang kami masih menunggu berita gembira dari korang," antara komen netizen.

mmi

Antara komen yang berharap pasangan itu kembali bersama.

Pada Ogos lalu, pengurus Mimi iaitu Iman Tang mengesahkan pembatalan majlis pernikahan dan resepsi pasangan berkenaan disebabkan mereka terikat dengan jadual penggambaran selain Mimi perlu menyelesaikan beberapa perkara dengan Syafiq.

Pasangan itu sepatutnya disatukan sebagai suami isteri pada pagi 18 Ogos lalu sementara resepsinya pada sebelah malam berkonsepkan acara dalam taman di Puncak Rimba, Bentong, Pahang.

Untuk rekod, pasangan ini juga pernah dikatakan putus cinta pada Mei 2020 selepas lima tahun bersama namun hubungan mereka kembali bertaut apabila berkongsi gambar di media sosial dan melangsungkan pertunangan pada Januari lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain