suria

Banglo Shila Amzah dah kosong! Syada, keluarga selesai pindah rumah baharu... “Ibu ada mesej kakak”

Syada kuat berdepan konflik keluarga

SELEPAS melalui kontroversi membabitkan keluarga, penyanyi Syada Amzah memilih untuk kekal tenang dan tabah mengharungi dugaan itu.

Meskipun menerima kecaman hebat netizen, Syada atau Nursyuhada Amir Hamzah, 26, berkata dia perlu kuat kerana tidak mahu kemelut ini menjejaskan emosi ibunya.

"Sejujurnya saya lebih tenang sekarang ini dan fokus kepada hal lain seperti rumah, uruskan kucing dan sibuk promosi lagu baharu... perkara itu membuatkan saya tiada masa bersedih dan nak fikir masalah.

syada 1

Syada kini lebih fokus kepada urusan sendiri.

"Alhamdulilah semuanya baik dan ibu pun baik sahaja... cuma saya nak kena jaga ibu dan risau emosinya akan terganggu nanti dan saya la yang perlu berikan sokongan padanya,"katanya kepada mStar.

Ditanya mengenai usahanya untuk menjernihkan semula hubungan dengan kakak iaitu Shila Amzah, Syada berkata dia menyerahkan segala kepada Allah SWT.

"Keadaan sekarang tak panas tak sejuk... saya yakin satu hari nanti kami akan berjumpa juga dan percayalah kalau jumpa tak akan ada tarik rambut pun.

ARTIKEL BERKAITAN: Sibuk urus pindah rumah, Syada Amzah buka tawaran sesiapa mahu bela kucing miliknya

ARTIKEL BERKAITAN: Syada Amzah sudah kerja sejak usia 13 tahun, mahu kongsi penyata bank tapi bimbang riyak

"Sebenarnya kami daripada dulu pun memang jarang berhubung kecuali perkara penting saja. Kami sekeluarga memang tak ada famili group (Whatsapp).

"Tapi ibu ada mesej kakak, mereka ada berhubung berbincang mengenai isu-isu tertentu,” ujarnya.

Konflik keluarga Shila Amzah terjadi apabila penyanyi itu bertindak menjual kediaman miliknya dihuni oleh ibu, Fauziah Sarman bersama tiga adik-beradik lain.

syada 2

Konflik keluaga Syada menjadi bualan ramai.

Selain Syada, seorang lagi adik Shila iaitu Syafiq mendakwa mereka dihalau dan tidak mengetahui perancangan penyanyi itu.

Dalam satu perkongsian di sesi siaran langsung laman sosial sebelum ini, Shila atau Nurshahila Amir Hamzah memberitahu rumah banglo berkenaan terlalu besar untuk diuruskan selain penuh dengan kucing.

Justeru Shila mengambil keputusan menjual kediaman berkenaan dan mahu mencari sebuah rumah baharu untuk ibunya itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain