DIKHABARKAN bakal mendirikan rumah tangga pada Sabtu ini, bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada memberitahu dia tidak mengetahui kesahihan berita pernikahan aktor itu dengan kekasih dikenali Athirah Yuhada. Shuhada atau Nurul Shuhada Mat Shukri, bagaimanapun berharap perkara itu tidak diketahui oleh anak-anak kerana bimbang bakal menyinggung hati dua zuriat mereka. "Saya tidak tahu pasal itu dan tidak mahu ambil tahu berkenaan berita (pernikahan Hafidz) itu. Hafidz dan Athirah dikatakan bakal berkahwin Sabtu ini. "Dalam masa sama, saya juga tidak akan biarkan hal-hal (pernikahan) yang menyakitkan anak-anak itu sampai ke telinga mereka. Saya nak anak-anak gembira sahaja," katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu. Tambah Shuhada, dia juga ketika ini sedang sibuk dengan kehidupannya sebagai ibu tunggal bagi menyara dua anaknya iaitu Humairah dan Umar. "Saya sibuk dengan kehidupan saya... sibuk kerja dan uruskan anak-anak. Saya sedang bergembira dengan kehidupan saya sekarang ini. ARTIKEL BERKAITAN: “Yang ucap tahniah, terima kasih”... Hafidz Roshdi buka mulut jawab spekulasi nikah Athira Sabtu ini ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Itu privasi saya dan bekas isteri” - Hafidz Roshdi tak lupa tanggungjawab, tepis dakwaan culas bayar nafkah anak "Anak-anak juga sekarang ini sedang seronok dengan kehidupan baharu dan sekeliling mereka. Umairah sudah habis tadika dan selepas ini Umar pula," ujarnya. Sebelum ini, tular gosip mendakwa Hafidz akan menamatkan zaman dudanya bersama Athira pada Sabtu ini. Hafidz ketika dihubungi mStar berkata, dia akan memaklumkan mengenai perkahwinannya dengan Athira Yuhada itu apabila tiba waktu sesuai. Shuhada kini sedang sibuk bekerja untuk membesarkan anak-anak. Untuk rekod, Shuhada dan Hafidz mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar berusia 3 tahun. Pasangan itu bagaimanapun sah bercerai pada 27 Julai lalu selepas Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor menetapkan lafaz yang dibuat pada 22 Februari adalah sah. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!