SELEPAS penyanyi Ernie Zakri menjelaskan mengenai punca dia tidak menyanyikan lagu Astana di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 38 (SFMM38), kini syarikat rakaman Rocketfuel Entertainment pula tampil membalas kenyataan itu. Menerusi kenyataan yang diberikan kepada media, Rocketfuel berkata pihaknya terbuka untuk mengadakan perbincangan bagi membolehkan Ernie selaku penyanyi asal menyanyikan lagu itu di SFMM28. Malah, Rocketfuel menjelaskan pada awalnya pihak pengurusan Ernie sendiri yang membuat keputusan untuk tidak terlibat dalam SFMM38 itu. Ernie nafi tidak mahu nyanyi lagu Astana di SFMM38. "Pihak Rocketfuel Entertainment sentiasa bersedia dan bersifat terbuka untuk bertemu serta berbincang dengan mana-mana pihak yang sudi untuk bersama membolehkan penyanyi asal membawa hasil karya mereka di pentas SFMM38. "Rocketfuel Entertainment menghormati keputusan yang telah dibuat oleh pihak pengurusan penyanyi asal lagu Astana untuk tidak terlibat dalam menyanyikan lagu ini di pentas SFMM38," katanya. Tambah syarikat tersebut, pencalonan lagu Astana untuk program Muzik-Muzik yang berlaku pada bulan Februari lalu itu juga adalah ketika Ernie masih dibawah naungan Rocketfuel Entertainment. ARTIKEL BERKAITAN: Ernie Zakri tak pernah cakap tarik diri nyanyi lagu Astana, tampil beri penjelasan punca tidak sertai SFMM38 ARTIKEL BERKAITAN: Peminat berang Nadeera ganti nyanyi ‘Astana’ di SFMM38, Rocketfuel kata ia keputusan Ernie Zakri Memandangkan Ernie kini bukan lagi artis naungan mereka, Rocketfuel sebulat suara menamakan Nadeera sebagai penyanyi paling sesuai untuk menyanyikan lagu tersebut. "Untuk menghormati acara berprestij seperti SFMM38, pihak Rocketfuel Entertainment telah berusaha mencari pengganti yang sesuai untuk menyanyikan lagu Astana dan penyanyi Nadeera yang juga juara program Big Stage terbaru tahun ini telah dipilih setelah pelbagai perbincangan dilakukan. Rocketfuel Entertainment anggap Nadeera individu paling layak menggantikan Ernie. "Pihak Rocketfuel Entertainment yakin dan pasti dengan pemilihan ini kerana Nadeera merupakan calon yang amat sesuai untuk membawakan lagu Astana dan memastikan lagu ini dinyanyikan dengan seadilnya," ujarnya. Sebelum ini, Ernie tampil menafikan kenyataan yang dikeluarkan syarikat rakaman Rocketfuel Entertainment yang mengatakan dia sama sekali tidak pernah mengatakan tidak mahu menyanyikan lagu tersebut. Untuk info, Ernie sebelum ini merupakan artis dibawah syarikat rakaman Rocketfuel Entertainment sebelum berpindah kepada Universal Music Malaysia. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!