TINDAKAN syarikat rakaman Rocketfuel Entertainment menggantikan Ernie Zakri dengan Nadeera di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-38 (SFMM38) dilakukan tanpa pengetahuan penyanyi asal lagu Astana itu. Kata Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 31, pihaknya tidak menerima sebarang emel mahupun surat secara rasmi berhubung keputusan tersebut. Jelas Ernie, dia bersama tiga komposer dan penulis lirik lain iaitu Omar K, Shazriq Azeman serta Syamel tidak teragak-agak untuk menarik diri daripada pertandingan tersebut sekiranya isu itu masih belum menemui penyelesaian. Ernie tidak teragak-agak untuk tarik penyertaan lagu Astana. "Saya mendapat perkhabaran bahawa lagu ini dicalonkan di SFMM38 dan lagu ini juga telah mendapat penyanyi gantian yang akan menggantikan saya sebagai penyanyi asal untuk lagu Astana. "Ini adalah di luar pengetahuan saya sebagai seorang penyanyi asal dan komposer. Saya tidak dapat apa-apa emel atau surat rasmi. "Jika perkara ini berterusan, saya dan tiga komposer lain berhak tarik diri dari SFMM38," katanya. Ernie memaklumkan perkara itu dalam satu hantaran video di Instagramnya pada Khamis. ARTIKEL BERKAITAN: Ernie Zakri tak pernah cakap tarik diri nyanyi lagu Astana, tampil beri penjelasan punca tidak sertai SFMM38 ARTIKEL BERKAITAN: Rocketfuel sedia berbincang untuk Ernie Zakri nyanyi ‘Astana’ di SFMM38, ada sebab pilih Nadeera Dalam masa sama, Ernie turut memberikan ucapan terima kasih kepada Media Prima dan juga produksi Anugerah Juara Lagu kerana memberi peluang kepada lagu Astana bertanding di SFMM38. Ernie turut menzahirkan penghargaan kepada peminat yang sentiasa memberikan sokongan dan mengundi lagu tersebut. Sebelum ini, pengumuman Nadeera pengganti Ernie bagi menyanyikan lagu Astana mengejutkan ramai pihak terutama dalam kalangan peminat. Nadeera bakal menggantikan Ernie pada SFMM38. Bagaimanapun, Rocketfuel dalam satu komen di Instagram mereka menjelaskan keputusan tersebut dibuat adalah atas persetujuan Ernie sendiri yang memutuskan untuk tidak menyanyikan lagu tersebut. Tampil membidas dakwaan itu, Ernie menafikan kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat rakaman Rocketfuel yang menyatakan dia enggan untuk menyanyikan lagu tersebut. Tambah Ernie, perkara yang menjadi halangan untuk dia mempersembahkan lagu tersebut disebabkan terdapat beberapa terma perbincangan yang belum selesai antara pihak Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dan Persatuan Penerbit Malaysia (MPA). Untuk info, Ernie sebelum ini merupakan artis dibawah syarikat rakaman Rocketfuel Entertainment sebelum berpindah kepada Universal Music Malaysia. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!