KECOH bakal berkahwin dengan kerabat diraja dalam masa terdekat, penyanyi Jeslina Hashim memilih untuk kekal tenang berdepan pelbagai spekulasi netizen berkait hubungannya dengan Tunku Eddy Nasruan Adil.Menunggu masa sesuai untuk berkongsi berita gembira itu, Jeslina atau Nor Jeslina Hashim Khairuddin Mohd Hashim, 45, berkata dia enggan ambil pusing dengan sebarang komen ditinggalkan netizen di media sosial. "Saya minta maaf, saya tidak ada sebarang komen mengenai hal ini (perkahwinan). Orang ramai boleh berfikir dan bercakap tentang apa yang mereka mahu.Jeslina menunjukkan cincin di jari manisnya."Mungkin satu hari nanti bila saya sudah bersedia, saya akan berkongsi kepada semua," katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.Dalam pada itu, penyanyi lagu Ku Intai Cinta Dalam Rahsia ini turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sentiasa mendoakan kebahagiannya."Terima kasih sangat kepada peminat yang mendoakan saya," ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN: Foto Jeslina Hashim tayang 'aset' di Bali buat ramai bungkam mata, berani habis!ARTIKEL BERKAITAN: Perceraian Tangguh, Jeslina Hashim Tidak SuciSebelum ini, sebuah portal berita melaporkan Jeslina bakal mendirikan rumah tangga dengan kerabat Diraja Negeri Sembilan iaitu Tunku Eddy Nasruan Adil selepas lapan tahun menjalin hubungan cinta.Pada 1 November lalu, Tunku Eddy memuat naik sebuah hantaran meluahkan rasa bahagia bersama Jeslina dan memberitahu tarikh ulang tahun perhubungan mereka bakal bertukar pada tahun depan. Mungkin satu hari nanti bila saya sudah bersedia, saya akan berkongsi kepada semua.JESLINA HASHIMPENYANYI"Lapan tahun yang luar biasa, saya menikmati kegembiraan bersama Jeslina. Saya sayang awak. Inilah penggembaran baru kami."Kami perlu menukar tarikh ulang tahun kami tahun depan," tulisnya.Menerusi hantaran itu juga, Tunku Eddy turut memuat naik foto bersama Jeslina dan salah satu foto memaparkan Jeslina menunjukkan sebentuk cincin di jari manisnya.Jeslina bakal berkongsi berita gembira apabila sudah tiba masa.Untuk rekod, Jeslina sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Dion Andrew Vercoe 21 April 2005, namun bercerai pada Mac 2013.Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Micah, 15, dan Keira, 13.Untuk info, Tunku Eddy juga merupakan cucunda kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10, Tuanku Ja’afar dan Tunku Ampuan Najihah.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!