suria

[V] Amy dah cuba hubungi Amir tapi hanya ‘blue tick’ saja, sedia jumpa depan-depan selesai kemelut Ukays

Kemelut antara Amy dan Amir masih belum berakhir.

KEMELUT yang berlaku antara ketua kumpulan Ukays iaitu Amy dan vokalis UK's iaitu Amir nampaknya masih belum selesai apabila kedua-dua mereka tidak menemui kata sepakat untuk berdamai.

Enggan memanjangkan konflik berkenaan, Amy atau nama sebenarnya Azmi Hassan, 50, memberitahu dia sudah menghubungi Amir membincangkan perkara itu namun penyanyi berkenaan enggan menjawab kiriman teks yang dihantar.

Malah, Amy berkata dia sudah penat untuk melayan komen-komen netizen rentetan kenyataan Amir yang dikongsi kepada pihak media.

amy - 1

Amy kesal dengan tindakan Amir.

"Selepas saya ditemu bual tempoh hari (bersama mStar), saya ada cuba hubungi Amir untuk menyelesaikan masalah di antara kami.

"Saya ada whatsApp dia tapi hanya blue tick. Dia baca tetapi dia tak nak balas tapi selang dua minggu kemudian dia keluar pula kenyataan di media.

"Dah saya pula kena serang semula dengan netizen. Saya pun tak tahulah. Kalau gentle jumpa depan-depan," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] "Makin lama makin melampau" - Amir Ukays bengang kumpulan nama sama masih guna lagu nyanyiannya untuk tujuan promosi

ARTIKEL BERKAITAN: [V] "Kenapa sampai sekarang masih ungkit?" - Amy Ukays jawab isu guna lagu nyanyian Amir, tiada masa nak gaduh

Dalam pada itu, Amy menasihatkan Amir untuk bersikap matang dan memberitahu dia terpaksa bersuara supaya tidak dianggap bersalah dalam hal yang melibatkan perbalahan itu.

"Patutnya kita ini makin tua kena guna akal yang panjang. Bukan kita menuduh atau membuat cerita yang tidak sepatutnya.

"Kalau tidak puas hati boleh saja jumpa saya, tak ada masalah. Tak perlu nak cerita dekat media dan kongsikan kepada orang ramai.

Saya ada whatsApp dia tapi hanya blue tick. Dia baca tetapi tak nak balas tapi selang dua minggu kemudian dia keluar pula kenyataan di media.

AMY UKAYS

KETUA KUMPULAN UKAYS

"Kalau sebelah pihak (Amir) saja yang bercakap dan saya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan, nanti orang akan anggap saya yang salah," ujarnya.

Sebelum ini, Amy menerusi Instagram memuat naik content video perancangan untuk menggandingkan bekas penyanyi mereka iaitu Adylan dengan penyanyi terkini, Chot untuk satu rakaman lagu.

Dalam video itu digambarkan perang dingin antara mereka sehingga menimbulkan tekanan kepada Amy untuk menyiapkan projek lagu tersebut.

Amir didakwa tidak mahu bersemuka dengan Amy.

Amir didakwa tidak mahu bersemuka dengan Amy.

Video itu bagaimanapun mengundang rasa kurang senang Amir yang mendakwa Amy menggunakan nama Ukays untuk menghasilkan kandungan memalukan di media sosial.

Menjawab mengenai perkara itu, Amy memberitahu dia hanya menggunakan media sosial sebagai platform untuk berkongsi perkembangan terkini kumpulan berkenaan kepada peminat.

Malah, baginya tidak menjadi kesalahan untuk menggunakan platform tersebut bagi mempromosikan setiap karya yang dihasilkan.

"Di media sosial, peminat ingin tahu tentang pengisian atau update daripada seorang artis itu. Sama ada nak buat lagu baru, konsert atau apa sahaja. Media sosial adalah medium komunikasi dengan peminat.

"Sama ada dia (Amir) nak cakap bodoh atau pandai ke, ia bergantung kepada peminat untuk menilai. Sedangkan apa-apa yang kami letak di media sosial itu bukan menyalahi undang-undang.

aas

Amy mahu ajak Amir untuk menyelesaikan masalah secara bersemuka.

"Kami hanya berkongsi kisah benar di sebalik tabir apa yang berlaku. Contohnya Chot bergaduh dengan Amy, Amy gaduh dengan Ady. Pusing-pusing itu saja ceritanya untuk dikongsi bersama peminat," katanya.

Untuk info, selain UK's yang dianggotai Amir, terdapat dua lagi kumpulan menggunakan nama sama tetapi berbeza ejaan iaitu Ukays ditubuhkan oleh Amy.

Manakala satu lagi kumpulan turut menggunakan nama Ukays yang dianggotai bekas penyanyi mereka iaitu Achik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain