MENASIHATI teman wanita untuk tidak meneruskan 'perang' dengan Fathia Latiff di media sosial, tunang kepada Zarina Anjoulie iaitu Datuk Khazrul Elzey membuat satu hantaran video memujuk hati pelakon tersebut. Menurut Khazrul, menamatkan persengketaan dan perbalahan itu bukanlah bermaksud kalah, namun menyifatkan ia sebagai satu tindakan bijak supaya keadaan tidak menjadi lebih teruk. "Papa (saya) nak cakap sikit, saya ada baca tentang mama (Zarina). Saya pun suruh awak berhenti. Tidak mengapa, berhenti bukannya tanda kalah, tapi tanda kita sangat bijak. Khazrul meminta supaya Zarina dapat menjaga nama baik masing-masing. "Dia (Fathia) bukan level awak untuk berlawan dalam media sosial. Papa tidak mahu mama bergaduh dalam media sosial sebab benda ini akan simpan sampai bila-bila. Nanti anak cucu cicit kita pun tahu benda yang sudah lepas. "Kita jangan keruhkan keadaan. Papa tidak salahkan mama, henti pertelingkahan antara mama dengan budak senget (Fathia). "Chill dan tenang. Mama bertolak ansur sikit, jaga nama baik kita dan keluarga," katanya. Khazrul berkata demikian dalam satu rakaman video yang dimuat naik semula oleh Zarina di Instagram pada Jumaat. ARTIKEL BERKAITAN: Apa nak jadi Fathia ni? Kaitkan pula nama Ismail Izzani! Minta Zarina Anjoulie tak campur urusannya ARTIKEL BERKAITAN: Zarina Anjoulie angkat ‘bendera putih’... Dah malas layan Fathia, sedang bahagia dengan tunang Dalam masa pada itu, Khazrul berkata segala pendedahan dibuat Fathia atau Nur Fatiya Abdul Latiff, 36, terhadap tunangnya itu sama sekali tidak melunturkan rasa sayangnya terhadap Zarina. "Yang lepas biarkan lepas. Dia nak cakap apa, cakaplah. Saya masih ada dengan awak. Tiada siapa boleh pisahkan kita," ujarnya. Selain itu, Khazrul juga memberi bayangan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Fathia. Zarina kini sedang bahagia di sisi tunangnya. "Jangan gaduh-gaduh lagi. Lantak sama dia. Tunggu dia dekat mahkamah. Jangan dia tidak boleh bayar saman kita. Kita saman dia sampai bankrup," katanya. Sejak beberapa hari lalu, Fathia kembali menjadi perhatian ramai apabila dia kerap berkongsi secara terbuka kisah lama selain membandingkan dirinya dengan Zahirah. Kenyataan dibuat Fathia menimbulkan kemarahan netizen selepas dia menyamakan Zahirah sebagai wanita memiliki wajah seperti bibik atau pembantu rumah. Isu itu bertambah hangat apabila Zarina turut bersuara mengenai sikap bekas rakan baiknya itu dan melabelnya sebagai busuk hati. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!