suria

DJ Lin tak iri hati kemenangan Tyzo di ABP, bangga siap buat makan-makan ‘post’ di media sosial

DJ Lin tak dengki dengan kemenangan Tyzo.

KETIKA isu penamatan kontrak Tyzo hangat diperkatakan netizen, timbul pula cakap-cakap mendakwa DJ Lin iri hati dengan kejayaan dikecapi bekas penyampai radio Suria FM itu.

Kemenangan Tyzo sebagai Penyampai Radio Paling Popular di Anugerah Bintang Popular ke-35 (ABPBH) tahun lalu dikatakan menjadi salah satu sebab kontraknya ditamatkan.

Tampil menjawab tuduhan netizen itu, DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid, 49, berkata dia sama sekali tidak berasa dengki dengan kejayaan Tyzo itu.

size NP 1 (5)

DJ Lin tidak pernah iri hati dengan Tyzo atas kemenangan pada ABPBH35.

Malah dia selaku pengurus besar stesen berkenaan turut menumpang bangga dengan kemenangan tersebut.

"Bercakap fasal dengki atau iri hati memang tiada. Isu diketengahkan sekarang ialah tentang barisan nama penyampai... Ia bukan keputusan daripada saya tetapi ia kelulusan dari pihak atasan, jadi saya disalahkan.

"Selepas anugerah itu berakhir (ABPBH35) saya sendiri arahkan anak buah saya dari pasukan digital ucap tahniah di media sosial Suria FM, sebab bangga dengan kejayaan dia.

ARTIKEL BERKAITAN: Segmen Suria Petang kendalian Tyzo menunjukkan penurunan punca kontrak tak disambung

ARTIKEL BERKAITAN: DJ Lin terasa hati baca komen netizen, minta jangan kaitkan anak-anak

"Perasaan dengki itu tak wujud sama sekali, beberapa hari selepas dia menang kami buat makan -makan, malah saya post di di media sosial sampai sekarang," katanya kepada mStar.

Terdahulu, Pengerusi Kumpulan Star Media Radio iaitu Datuk Dr Mohd Aminuddin Mohd Rouse memberitahu keputusan penamatan kontrak Tyzo dibuat selepas

menilai dua aspek utama iaitu dari segi jumlah pendengar dan juga kewangan syarikat.

Tambahnya, segmen kendalian Tyzo sebelum ini iaitu Suria Petang tidak mencatatkan jumlah pendengar tinggi dan menunjukkan penurunan.

Bercakap fasal dengki atau iri hati memang tiada

DJ LIN

PENGURUS BESAR SURIA FM

Justeru penamatan kontrak Tyzo juga bersempena pembaharuan yang dibuat untuk memantapkan lagi Suria bagi tahun 2024 ini.

Dalam pada itu, DJ Lin berkata buat masa sekarang dia belum bersedia untuk bertentang empat mata dengan Tyzo.

Sebaliknya, biarlah Tyzo berurusan dengan pihak atasan syarikat jika mahu mengadakan sebarang perbincangan.

size NP 1 (6)

Isu Tyzo menjadi bualan di media sosial sejak 12 Januari lalu.

"Saya kira buat masa sekarang kalau nak berurusan biar Tyzo dengan pihak atasan sahaja. Bukan dengan DJ Lin," katanya.

Kisah Tyzo meninggalkan Suria FM menjadi bualan hangat netizen di media sosial sejak 12 Januari lalu.

Isu ini menjadi lebih panas selepas tular video Tyzo mengatakan penamatan kontrak sebagai satu penganiayaan dan kata-kata tersebut ditujukan kepada DJ Lin.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain