suria

DJ Lin terasa hati baca komen netizen, minta jangan kaitkan anak-anak

DJ Lin menerima setiap kecaman dengan hati terbuka.

PENAMATAN kontrak Tyzo sebagai penyampai radio Suria FM turut memberi kesan kepada DJ Lin yang mengakui banyak menerima kecaman daripada netizen di media sosial.

Ini kerana ramai beranggapan DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid sebagai orang belakang di sebalik penamatan kontrak berkenaan memandangkan dia juga bertindak sebagai pengurus besar stesen berkenaan.

Lebih teruk lagi kata DJ Lin, dua orang cahaya matanya turut menjadi sasaran sehingga dilemparkan dengan kata-kata kurang enak.

kaklin1 - 1

DJ Lin kesal anak-anak turut menjadi mangsa kecaman netizen.

"Kecam saya tiada masalah, tetapi jangan sentuh anak saya. Mereka dihukum tanpa asas yang kukuh. Mereka juga ada perasaan.

"Mereka (netizen) menghukum hanya kerana satu video yang tersebar sebelum ini. Sedangkan mereka tidak tahu cerita sebenar," katanya.

DJ Lin ditemui ketika sidang media memperkenalkan barisan penyampai baharu dan seleksi program menarik Suria 2024 yang berlangsung di Menara Star, Petaling Jaya, Selangor pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Segmen Suria Petang kendalian Tyzo menunjukkan penurunan punca kontrak tak disambung

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tyzo tamatkan tugas bersama Suria F

Dalam pada itu, DJ Lin berkata dia menerima setiap kecaman dengan hati terbuka dan menganggap ia sebagi satu proses pembelajaran buat dirinnya.

"Saya tidak boleh salahkan netizen kerana mereka tidak tahu cerita sebenar. Mereka hanya komen berdasarkan video yang tersebar sebelum ini, jadi tak patut hukum netizen.

"Tak sangka tahun 2024 dibuka dengan kontroversi. Ini adalah kecaman hebat buat saya akibat tuduhan yang dibuat Tyzo.

Kecam saya tiada masalah, tetapi jangan sentuh anak saya.

DJ LIN

PENGURUS BESAR SURIA FM

"Tipulah saya katakan tidak terasa dengan semua komen itu cuma saya serahkan kepada Allah, saya reda. Saya yakin ada hikmah yang akan berlaku nanti," jelasnya.

Sementara itu, DJ Lin berkata setiap kritikan itu sama sekali tidak mematahkan semangatnya untuk terus berada dalam industri penyiaran radio.

Malah, dia akan terus kuat demi jenama Suria yang dipertahankan selama ini.

"Saya kena kuat. Ada ramai kakitangan dibawah saya. Hidup saya memang untuk radio.

SURIA2 - 1

Kes penamatan kontrak Tyzo sebagai penyampai radio Suria FM mencetus pelbagai reaksi netizen.

"Saya kena lihat keutamaan iaitu jenama Suria," jelasnya.

Kisah Tyzo meninggalkan Suria FM menjadi bualan hangat netizen di media sosial sejak 12 Januari lalu.

Isu ini menjadi lebih panas selepas tular video Tyzo mengatakan penamatan kontrak sebagai satu penganiayaan dan kata-kata tersebut ditujukan kepada DJ Lin.M

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain