suria

Terkejut netizen Fathia Latiff kongsi foto pipi dicium lelaki mat salih, siap tulis kapsyen ‘hati’

Fathia sekali lagi mengundang kontroversi ramai.

PELAKON Fathia Latiff sekali lagi mengundang perhatian ramai apabila kali ini memuat naik foto bersama seorang lelaki ketika bercuti di Jepun.

Lebih panas apabila lelaki yang tidak diketahui identitinya itu dilihat dengan jelas mencium pipi aktres berkenaan.

Tidak mengulas lanjut tentang foto yang dikongsi, Fathia hanya menulis kapsyen pendek dalam bahasa Sepanyol yang membawa maksud 'Hati'.

Sebelum ini Fathia memuat naik foto dipeluk lelaki Jepun.

Sebelum ini Fathia memuat naik foto dipeluk seorang jejaka.

Dalam pada itu, foto yang dimuat naik di Instagram miliknya turut mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya terkejut dengan tindakan pelakon drama Ariana Rose ini.

"Mesti keluarga dia pun sedih lihat Fathia berubah 200 peratus. Doa saja yang baik-baik.

"Sedih tengok Fathia macam ini. Kami mahukan Fathia yang dulu bukan sekarang. Be strong sis.

ARTIKEL BERKAITAN: "Just married" - Netizen ragu Fathia sudah kahwin, jejaka dalam foto tak kacak macam digambarkan

ARTIKEL BERKAITAN: Fathia Latiff rupanya ada darah kacukan, dedah daripada keturunan diraja Jepun

"Makin kesian tengok Fathia ni, semoga dipermudahkan urusan," tulis netizen.

Sebelum ini, Fathia berkongsi foto bersama seorang jejaka dengan kapsyen 'just married' atau sudah berkahwin di Instagram miliknya yang menimbulkan tanda tanya netizen.

Ada yang teruja dengan perkhabaran itu namun ada pula merasakan gambar memperlihatkan Fathia dipeluk lelaki berkenaan daripada arah belakang hanya sekadar gimik demi meraih perhatian.

Ramai berpendapat individu dalam foto itu adalah lelaki rambang yang ditemui pelakon tersebut ketika bercuti di Jepun kerana wajah jejaka itu tidak mencerminkan bayangan diberikan tentang kekasihnya.

fathia3 - 1

Peminat bimbang melihat keadaan Fathia.

Sejak minggu lalu nama Fathia atau Nur Fatiya Abdul Latiff, 37, menjadi bualan hangat apabila dia kerap berkongsi luahan dan pendapat di media sosial yang mengundang kontroversi.

Selain menyamakan pelakon Zahirah MacWilson sebagai pembantu rumah, dia turut 'berperang' dengan bekas teman baiknya iaitu Zarina Anjoulie.

Terbaharu, Fathia turut mendakwa suami kepada Datin Seri Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman gagal menyiapkan rumah miliknya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain