suria

“Apa dia merepek tu?” - Tak pernah kenal atau jumpa Fathia Latiff, syarikat suami Heliza Helmi tiada perniagaan hartanah

Mahadi tegaskan pihak tidak pernah berurusan dengan Fathia.

USAHAWAN Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Fathia Latiff kononnya dia menipu aktres itu dalam satu urusan melibatkan pembelian rumah.

Mahadi, 40, menjelaskan dia tidak pernah mengenali Fathia secara peribadi malah tiada sebarang rekod urusan perniagaan antara syarikat miliknya dengan pelakon berkenaan.

"Memang terkejut apabila dia berkata demikian. Saya tak pernah kenal dia, tak pernah berjumpa, saya tidak jual rumah dengannya dan syarikat saya tiada perniagaan melibatkan hartanah.

fathia 2

Fathia mendakwa Mahadi penipu dalam satu urusan perniagaan.

"Saya juga sudah semak dengan pengurusan syarikat. Memang tiada sebarang rekod urusan perniagaan dengan dia.

"Apa yang dia merepek tu? Saya pelik dengan segala dakwaan dia itu," katanya ketika dihubungi mStar.

Mahadi yang juga merupakan suami kepada ativitis Datin Seri Heliza Helmi tampil memberi kenyataan itu selepas heboh namanya menjadi sebutan.

ARTIKEL BERKAITAN: Fathia Latiff bikin panas lagi! Dakwa suami Heliza Helmi gagal siapkan rumah, dah 5 tahun terpaksa bayar ansuran

ARTIKEL BERKAITAN: Fathia Latiff masih dendam dengan Aiman, dah ‘move on’ bukan nak ganggu rumah tangga bekas kekasih

Tambah Mahadi dia juga enggan mengulas lanjut tentang isu dibangkitkan kerana dia dan Fathia tidak pernah mempunyai sebarang urusan.

Malah dakwaan Fathia membayar wang berjumlah RM2,000 setiap bulan juga adalah tidak benar.

"Saya tidak boleh nak bercakap tentang hal ini. Sebab memang saya tidak kenal dia.

Tak perlu saya nak berbincang dengan dia. Kalau dia nak jumpa, terus berurusan dengan peguam saya

DATUK SERI MAHADI BADRUL ZAMAN

USAHAWAN

"Pernigaan milik saya tidak pernah menjanjikan untuk memberi dia rumah. Kami juga tidak menerima sebarang transaksi RM2,000 seperti yang dikatakan," tegasnya.

Sementara itu, Mahadi juga tidak berhasrat untuk bertemu aktres berkenaan dan segala urusan lanjut diserahkan kepada pihak peguam.

"Kenapa saya perlu berjumpa dia? Tak perlu saya nak berbincang dengan dia. Kalau dia nak jumpa, terus berurusan dengan peguam saya.

mahadi 2

Mahadi akui terkejut mendengar dakwaan Fathia.

"Saya pun serahkan kepada peguam untuk tindakan lanjut berkaitan isu ini," jelasnya.

Fathia menerusi sesi siaran langsung di Instagram miliknya mendakwa Mahadi sebagai penipu dalam urusan pembelian rumah.

Menurutnya rumah tersebut masih belum disiapkan selepas lima tahun mereka berurusan dan terpaksa membayar ansuran sebanyak RM2,000 setiap bulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain