suria

Noh Salleh hormat keputusan mahkamah, Musa sudah kembali ke pangkuan Mizz Nina

Noh sedih Musa kembali ke pangkuan Mizz Nina.

PENYANYI Noh Salleh memaklumkan anak angkatnya iaitu Musa sudah kembali ke pangkuan bekas isterinya iaitu Mizz Nina pada malam Sabtu.

Noh atau Mohamad Noh Salleh, 39, berkata, dia akur menyerahkan Musa selepas Mizz Nina hadir ke rumahnya bersama perintah interim daripada mahkamah selain pihak berkuasa.

"Malam semalam dalam pukul lebih kurang 8.30 malam pihak Mizz Nina hadir ke rumah saya bersama dengan suaminya serta pihak polis dan beberapa orang lain yang tidak dikenali dengan tujuan mengambil Musa daripada jagaan saya.

noh

Noh kongsi beberapa foto kenangan bersama Musa.

"Dengan perintah interim (sementara) sebelum sesi mediasi di Mahkamah Syariah," katanya.

Noh berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada malam Ahad.

Sebelum ini, Noh tampil membersihkan namanya susulan timbul dakwaan dia melarikan anak angkatnya hasil bantuan pembantu rumah daripada jagaan bekas isterinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Noh Salleh jawab dakwaan culik anak angkat, usaha berdamai dengan Mizz Nina tak berhasil

ARTIKEL BERKAITAN: Noh Salleh akhirnya dedah wajah Musa, bagi ucapan ‘birthday’ terlalu rindu anak

Dalam temu bual bersama Melodi itu, Noh menjelaskan tidak wujud sebarang isu menculik sebaliknya dia mengambil Musa melalui saluran undang-undang yang sah.

Kata Noh, temu bual bersama Melodi yang memaklumkan Musa kini dibawah jagaannya dilakukan pada sebelah tengah hari Sabtu sebelum anak angkatnya itu diambil Mizz Nina.

Meskipun kesal dengan apa yang berlaku, Noh bagaimanapun menghormati keputusan mahkamah malah menjelaskan tiada perebutan berlaku di antara mereka.

noh 2

Jelas terlihat kasih sayang yang Noh tunjukkan kepada Musa.

"Saya dengan terpaksa dan berat hati menyerahkan Musa kembali dan akan meminta nasihat peguam saya. Hanya Tuhan sahaja yang mengetahui betapa hancurnya hati saya semalam.

"Tiada sebarang insiden perebutan berlaku malam tadi kerana saya percaya dengan jalan pendamaian... Apa yang penting adalah kesihatan mental dan fizikal Musa.

"Saya berharap kenyataan ini jelas dan tiada sebarang spekulasi daripada mana-mana pihak dan saya juga berterima kasih atas segala doa daripada kalian," ujarnya.

Pada 2 Januari lalu, media melaporkan seorang pembantu rumah warga asing didakwa melarikan anak selebriti wanita dan kejadian itu didalangi bekas suaminya yang juga vokalis kumpulan terkenal.

2490243

Noh dan Mizz Nina masing-masing sudah bertemu pasangan baharu.

Susulan kejadian itu, selebriti wanita itu bertindak pantas dengan membuat laporan di Balai Polis Ampang, Selangor.

Untuk rekod, Noh dan Mizz Nina atau Shazrina Azman mendirikan rumah tangga pada Julai 2011 dan bercerai pada Ogos 2022.

Pada September lalu Noh selamat bergelar suami kepada pasangan pilihannya iaitu Fatin Athira Mustapa.

Manakala Mizz Nina pula kembali mendirikan rumah tangga bersama bersama penyanyi rap dan penulis lirik dari Seattle, Amerika Syarikat (AS) berketurunan Maghribi, Essam Muhammad pada suku kedua tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain