suria

Noh Salleh jawab dakwaan culik anak angkat, usaha berdamai dengan Mizz Nina tak berhasil

Musa kini di bawah jagaan Noh.

ENGGAN terus timbul salah faham, penyanyi Noh Salleh tampil membersihkan namanya susulan timbul dakwaan dia melarikan anak angkatnya hasil bantuan pembantu rumah daripada jagaan bekas isterinya, Mizz Nina.

Noh atau Mohamad Noh Salleh, 39, menjelaskan tuduhan dilemparkan terhadapnya adalah fitnah daripada kenyataan sebenar.

Jelas Noh, tidak wujud sebarang isu menculik sebaliknya dia mengambil anaknya iaitu Musa melalui saluran undang-undang yang sah.

"Saya nak menyangkal mengenai cerita itu, tiada penculikan langsung... Saya diserahkan oleh ibu kandung (Musa) untuk menjaganya dengan rela hati.

2295776

Noh terganggu dengan fitnah yang tidak benar.

"Amanah dia dapat dekat saya, bukannya ada perebutan tapi mengikut dokumen dan undang-undang. Sekarang Musa memang di bawah jagaan saya, dia tengah gembira sekarang.

"Memang saya difitnah melalui kenyataan yang menyasar teruk. Saya perlu bersuara sebab tiada unsur penculikan langsung," katanya.

Noh menjelaskan perkara itu menerusi temu bual program Melodi yang disiarkan pada Ahad.

Kata Noh, dia terganggu dengan fitnah tersebut sehingga membuatkan dia terpanggil untuk tampil membersihkan namanya yang tercalar.

ARTIKEL BERKAITAN: Noh Salleh akhirnya dedah wajah Musa, bagi ucapan ‘birthday’ terlalu rindu anak

ARTIKEL BERKAITAN: Noh Salleh terpaksa berebut anak dengan Mizz Nina, rakan pula dedah bakal tamat zaman duda

Menurut Noh, dia tidak pernah ditangkap pihak berkuasa sebaliknya hadir ke balai polis untuk memberi keterangan mengenai kejadian sebenar.

"Tak ada penangkapan hanya pergi balai beri kenyataan. Tiada ada yang kena gari atau masuk jail.

"Polis minta kerjasama kita bagi dan mereka faham situasi... Memang tiada unsur jenayah dan penculikan," kongsinya.

Dalam pada itu, Noh memberitahu dia juga sudah menurunkan ego dengan menghubungi Mizz Nina untuk berbincang mengenai Musa tetapi tidak berhasil.

Saya buang ego dengan menghubungi bekas isteri tetapi dia gagal dihubungi.

NOH SALLEH

PENYANYI

Noh berkata dia hanya berharap ada jalan damai di antraa mereka kerana keutamaannya ketika ini adalah untuk anak mereka.

"Kita dah cuba macam-macam, hubungi sebelah sana sebab semuanya untuk Musa. Saya buang ego dengan menghubungi bekas isteri tetapi dia gagal dihubungi.

"Saya juga sudah hubungi orang sekeliling tapi tak tahu kenapa tak dapat. Saya kalau boleh nak berdamai dan curahkan kasih sayang kepada Musa," ujarnya.

2418625

Noh dan Mizz Nina berpisah pada 2022.

Noh juga memberitahu dia tidak berniat memisahkan Musa dengan Mizz Nina malah mahu mereka sama-sama membesarkan anak mereka dengan baik.

"Semoga kita boleh ketepikan ego dan berbincang demi kebajikan Musa.

"Orang tak faham hubungan saya dengan Musa. Saya ada pada hari dia diserahkan dan kami ambil sama-sama. Kasih sayang itu sudah ada sejak dua tahun lalu," ujarnya.

Pada 2 Januari lalu, media melaporkan seorang pembantu rumah warga asing didakwa melarikan anak selebriti wanita dan kejadian itu didalangi bekas suaminya yang juga vokalis kumpulan terkenal.

2299676

Noh dan Fatin melangsungkan perkahwinan pada September tahun lalu.

Susulan kejadian itu, selebriti wanita itu bertindak pantas dengan membuat laporan di Balai Polis Ampang, Selangor.

Untuk rekod, Noh dan Mizz Nina atau Shazrina Azman mendirikan rumah tangga pada Julai 2011 dan bercerai pada Ogos 2022.

Pada September lalu Noh selamat bergelar suami kepada pasangan pilihannya iaitu Fatin Athira Mustapa.

Manakala Mizz Nina pula kembali mendirikan rumah tangga bersama bersama penyanyi rap dan penulis lirik dari Seattle, Amerika Syarikat (AS) berketurunan Maghribi, Essam Muhammad pada suku kedua tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain