suria

Tak berdisiplin, tipu syarikat punca potong gaji staf... Chef Wan minta jangan fitnah - “Tengok air muka saya baik-baik”

Cef Wan nafi berhentikan pekerja tanpa sebab.

SEJAK beberapa hari lalu kecoh gaji pekerja restoran De.Wan 1958 by Chef Wan dikatakan dipotong selain terdapat pekerja ditamatkan perkhidmatan mereka.

Menjelaskan isu tersebut, cef selebriti Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan berkata, dia tidak mencampuri perkara berkaitan pengurusan Chef Wan Group of Restaurants (CWGR) sebaliknya hanya memberi tumpuan kepada menu selain resipi dihidangkan kepada pelanggan.

Menafikan khabar angin tersebut, Chef Wan menjelaskan keputusan memberhentikan kakitangan restoran itu sebelum ini dibuat atas beberapa faktor.

cef wan 1

Kenyataan yang dikeluarkan oleh CWGR.

"Tanggungjawab saya untuk restoran adalah mengendalikan resipi dan kualiti makanan selain menjadi rakan perniagaan. Saya tidak menguruskan hal berkaitan operasi.

"Saya tidak membuat keputusan berkaitan gaji pekerja mahupun mengambil staf atau memecat mereka.

"Saya diberitahu apa yang diperkatakan tidak benar. Rakan perniagaan memberitahu pekerja diberhentikan atau dipotong gaji kerana kurang kemahiran, tidak berdisiplin dengan menipu syarikat. Kami jalankan siasatan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rambut gugur sejak jalani rawatan kimoterapi, Chef Wan samakan diri seperti Yul Brynner

ARTIKEL BERKAITAN: Rawatan kimoterapi buat rambut gugur teruk, Chef Wan tampil imej kepala botak

Chef Wan menulis perkara tersebut di laman Instagram miliknya berserta kenyataan media CWGR tentang hal berkenaan.

Tambah Chef Wan lagi sebagai seorang yang dikenali dia berusaha untuk mendapatkan kepastian hal sebenar memandang isu tersebut telah mencemarkan nama baiknya.

"Saya cuba memahami kedua-dua pihak (syarikat dan pekerja) kerana mahu mendalami isu ini supaya nama saya tidak tercemar.

cw1 - 1

Cef Wan sentiasa prihatin tentang kebajikan pekerja.

"Jangan fitnah saya. Hanya kerana tidak setuju dengan polisi syarikat, nama saya dikatakan sebagai penipu," ujarnya.

Baginya dia tidak mungkin melakukan perbuatan yang menganiaya pekerja tanpa sebarang sebab.

"Tengok air muka saya baik-baik, adakah saya jenis manusia yang suka menipu? Nampak sangat tuduhan datang dari hati yang tidak baik," tegasnya.

Sebelum ini tular di media sosial tentang pendedahan seorang pekerja di restoran berkenaan yang memndakwa gajinya dipotong sebanyak RM1,000 tanpa diberikan sebab munasabah.

Chef Wan menjadi sasaran kecaman memandangkan restoran berkenaan menggunakan namanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain