suria

[V] Hasrat Fizi Ali jumpa Ameena tak kesampaian, Shakilla tak setuju permintaan hak lawatan anak

Fizi tidak dapat menahan air mata meluahkan rasa rindu pada anaknya.

PROSES sulh di antara penyampai radio Fizi Ali dan pelakon Shakilla Khoriri berhubung isu hak penjagaan anak mereka gagal mencapai kata sepakat pada Isnin.

Fizi atau Mohd Hafizudin Alimudin, 37, berkata, permintaan memohon hak lawatan terhadap anak mereka iaitu Ameena Sofia, 5, tidak dipersetujui oleh Shakilla.

"Apa yang boleh saya beritahu, perbincangan saya dan Shakilla hari ini tidak mendapat kata sepakat.

"Kami cuba berbincang tapi dia tidak bersetuju dengan apa yang saya minta. Jadi kita akan bawa kes ini untuk dibicarkan di mahkamah," katanya kepada mStar.

fizi ali 1

Fizi dan Shakilla hadir di mahkamah pada Isnin.

Fizi memberitahu perkara itu ketika ditemui selepas selesai proses sulh yang diadakan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Isnin.

Dalam pada itu, Fizi memberitahu isu berhubung anak mereka tidak sepatutnya menjadi hal besar sekiranya kedua-dua pihak dapat berbincang dengan baik.

Kata Fizi, kesukaran berkomunikasi dengan Shakilla membuatkan dia mengambil keputusan membawa kes ini ke muka pengadilan.

ARTIKEL BERKAITAN: Shakilla Khoriri jawab tuduhan larang jumpa anak, campur tangan isteri Fizi Ali punca sekat nombor telefon

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Fizi Ali hanya sekali balas mesej Shakilla Khoriri, minta keluarkan bukti tuduhan campur tangan isu anak

"Kalau ikutkan seorang anak memerlukan ibu dan bapa di sisi mereka. Sebenarnya perkara ini tidak menjadi masalah jika dapat berbincang.

"Tetapi yang menjadi sukar apabila susah untuk dibawa berbincang dan terpaksa berunding di mahkamah bagi selesaikan masalah," ujarnya.

Fizi yang gagal menaham sebak apabila mengenangkan sudah dua bulan tidak dapat bertemu Ameena berharap kes ini dapat diselesaikan dengan segera.

Sudah dua bulan saya tidak dapat bertemu Ameena. Ini tempoh paling lama saya tak dapat jumpa dengannya

FIZI ALI

PENYMAPAI RADIO

"Saya mahu selesaikan semuanya hari ini sebab saya sudah tak larat dan sangat merindui anak saya.

"Sudah dua bulan saya tidak dapat bertemu Ameena. Ini tempoh paling lama saya tak dapat jumpa dengannya.

"Saya tahu anak saya ada di mana tapi negara ini ada undang-undang. Nanti kalau saya pergi saya boleh didakwa sebagai menceroboh," katanya.

fizi ali 2

Fizi dakwa bekas isteri halang jumpa anak.

Menjawab tuduhan culas membayar nafkah anak, Fizi enggan mengulas lanjut berkenaan hal itu dan memberitahu dirinya mempunyai segala bukti pembayaran yang telah dibuat.

"Bercakap fasal tidak bayar nafkah, semua bukti sudah ada. Zaman sekarang serba canggih, online transfer. Semuanya sudah ada bukti dan saya rasa tidak perlu lagi saya nak jelaskan dengan panjang," jelasnya.

Sementara itu, Shakilla pula enggan mengulas mengenai proses sulh yang berlangsung.

Sebelum ini, Fizi meluahkan rasa kesal apabila niat berjumpa Ameena semasa majlis graduasi di sebuah tadika pada 11 November lalu tidak kesampaian.

Kata Fizi, dia menunggu Ameena membuat persembahan di majlis konvokesyen tersebut namun kelibat anaknya itu tidak kelihatan.

Disebabkan tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan anaknya, Fizi nekad untuk menggunakan jalan terakhir iaitu membawa perkara tersebut ke mahkamah.

Untuk rekod, Fizi dan Shakilla bernikah pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan penceraian pada Disember 2021.

Fizi kemudian mendirikan rumah tangga kali kedua dengan Siti Zulaikha pada 23 Oktober lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain