PELAWAK Shuib memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang terus melemparkan fitnah terhadap perniagaannya iaitu Bubblebee. Kata Shuib atau Shahmira Muhamad, 40, juga berharap tidak ada pihak yang terus mengeruhkan keadaan berkaitan isu caruman Kumpulan Wang Simpanan Kumpulan Pekerja (KWSP) seperti yang hangat diperkatakan sebelum ini. "Saya mohon kepada semua pengguna media sosial untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan. Kenyataan yang dikeluarkan Shuib. "Kami akan mengambil tindakan sewajarnya kepada mereka yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah," katanya. Shuib menulis perkara tersebut dalam satu hantaran di laman sosial miliknya pada Isnin. Menerusi hantaran sama, Shuib turut berkongsi kenyataan rasmi pihak syarikat berhubung perkara berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Isu fitnah selesai... Shuib maafkan John Dihani, derma wang saman ke tabung Palestin ARTIKEL BERKAITAN: Shuib mengaku sangkut bayar caruman pekerja Bubble Bee, salah urus pengurusan lama jadi punca... Sudah jumpa KWSP lunas secara ansuran Menurut kenyataan yang dikeluarkan pihaknya sudah mencapai satu perjanjian berhubungan kaedah pembayaran seperti yang ditetapkan di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya awal Januari lalu. "Untuk pengetahuan semua kami telah mengadakan perbincangan dengan pihak KWSP secara formal dan kedua-dua pihak mencapai satu perjanjian penyelesaian yang sempurna. "Pihak Bubblebee akan mematuhi dan melaksanakan kesemua kewajiban selaras dengan terma-terma yang dipersetujui," ujar kenyaatan tersebut. Shuib sudah selesaikan isu caruman KWSP. Dalam masa sama pihak mereka juag sekali lagi menyebut agar tidak timbul sebarang isu berbangkit yang boleh menjejaskan nama baik perniagaan. "Tindakan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana individu yang membuat atu menerbitkan sebarang kenyataan atau tuduhan tidak benar dan berniat jahat mengenai isu tersebut," jelasnya. Tahun lalu Shuib sendiri akui culas dalam pembayaran caruman KWSP untuk kakitangan syarikatnya namun isu tersebut telahpun diselesaikan. Bagaimanapun baru-baru ini ia kembali dibangkitkan apabila ada pihak yang mendakwa masih belum menerima bayaran tertuggak seperti yang dijanjikan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!