PELAKON Shakilla Khoriri meluahkan rasa kesal dengan pelbagai dakwaan buruk kononnya melarang bekas suaminya iaitu penyampai radio Fizi Ali bertemu dengan anak mereka. Shakilla atau Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 35, sebaliknya berkata, dia tidak pernah menafikan hak anak mereka mendapat perhatian serta kasih sayang seorang bapa apatah lagi memutuskan silaturahim dengan Fizi. "Tak pernah terlintas dalam fikiran saya! Selama ini saya bersusah payah untuk menyatukan kami bertiga sebagai ibu dan bapa kepada Ameena. "Berkali-kali jemputan yang berkaitan Ameena ditolak kerana tidak mahu ada masa bertiga. Setiap kali saya yang dulu rendahkan diri demi Ameena. Shakilla sudah penat merendahkan diri demi Ameena. "Usaha demi usaha sampailah saya rasa maruah saya dipijak malah dituduh tidak 'move on' sebab sering kali mencari (Fizi)," katanya. Shakilla meluahkan perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada malam Isnin. Dalam pada itu, Shakilla menjelaskan kisah di antara mereka sudah lama berakhir malah reda dengan penceraian mereka sebelum ini. Malah kata Shakilla, dia sudah penat dengan pelbagai spekulasi yang bertebaran di media sosial menuduhnya dengan pelbagai perkara tidak benar. ARTIKEL BERKAITAN: Hasrat Fizi Ali jumpa Ameena tak kesampaian, Shakilla tak setuju permintaan hak lawatan anak ARTIKEL BERKAITAN: Shakilla Khoriri jawab tuduhan larang jumpa anak, campur tangan isteri Fizi Ali punca sekat nombor telefon Sementara itu, Shakilla secara terbuka menjemput Fizi datang ke rumahnya bagi berjumpa dengan anak mereka selepas ini. Malah kata Shakilla, tiada istilah mencereboh seperti kebimbangan diluahkan Fizi sebelum ini kerana bekas suaminya itu adalah sebahagian daripada hidup Ameena. "Daddy Ameena, rumah saya sentiasa terbuka untuk awak datang bila-bila masa untuk berjumpa dengan anak awak. "Tiada istilah menceroboh sebab awak sebahagian daripada hidup Ameena. Kami sentiasa tunggu panggilan video dan mesej awak untuk berjumpa. Shakilla membuka pintu rumahnya untuk Fizi melawat anak mereka. "Awak tak mencari Ameena, jadi berhenti cakap saya larikan anak awak. Tolong berkomunikasi dengan saya secara baik dan tenang. We can do this Daddy Ameena," katanya. Sebelum ini, Fizi meluahkan rasa kesal apabila niat beriumpa Amena semasa majlis graduasi di sebuah tadika pada 11 November lalu tidak kesampaian. Kata Fizi, dia menunggu Ameena untuk tampil membuat persembahan di majlis konvokesyen tersebut namun kelibat anaknya itu tiada. Disebabkan tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan anaknya, Fizi nekad untuk menggunakan jalan terakhir iaitu membawa perkara tersebut ke mahkamah. Fizi sudah menemui kebahagiaan bersama isteri baharu iaitu Siti Zulaikha. Pada pagi Isnin, Shakilla dan Fizi hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi proses sulh hak penjagaan anak mereka namun mereka gagal mencapai kata sepakat. Untuk rekod, Fizi dan Shakilla bernikah pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan penceraian pada Disember 2021. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak iaitu Ameena Sofia yang kini berusia lima tahun. Fizi kemudian mendirikan rumah tangga kali kedua dengan Siti Zulaikha pada 23 Oktober lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!