suria

Mamat mengaku tak bersalah miliki dan guna dadah

Mamat mengaku tidak bersalah.

PENYANYI Mamat Exists mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan memiliki dan menggunakan dadah.

Pengakuan tersebut dibuat oleh Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin, 46, di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Johor Bahru, Johor pada Selasa.

Berdasarkan pertuduhan pertama, dia didakwa memberi dadah berulang kepada diri sendiri jenis Methamphetamine pada pukul 2 pagi, 9 September 2019, di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara.

size NP 1 (24)

Mamat kelihatan tenang ketika berhadapan dengan petugas media.

Mamat juga didakwa telah melakukan kesalahan serupa masing-masing pada 2016 dan 2018.

Atas kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen (15)(c) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39C (1)(b) akta yang sama.

Pertuduhan kedua, dia didakwa dalam milikannya dadah jenis Methamphetamine seberat 0.17 gram ketika diperiksa polis di Jalan Camar 1/3, Taman Perling pada pukul 11.35 malam, 8 September lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Cerita yang tak ada pun diadakan” - Mamat (Exists) sedih banyak cerita buruk, risau boleh tutup periuk nasi

ARTIKEL BERKAITAN: Mamat Exists masih dipantau AADK, perlu dapat kebenaran keluar kawasan... Sebulan sekali sertai program khidmat masyarakat

Atas kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta yang sama.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Bariah Jalil dan Nur Aqillah Ahmad Rofaei manakala Mamat diwakili peguam, Azlina Abdul Aziz.

Pertuduhan dibacakan di Mahkamah Sesyen di hadapan Hakim Fatimah Zahari dan Mahkamah Majistret, di hadapan Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudin.

size NP 1 (26)

Mamat menghadapi dua pertuduhan miliki dan menggunakan dadah.

Mamat ketika hadir ke mahkamah mengenakan baju dan seluar berwarna putih dilihat tenang diiringi oleh pegawai polis.

Sebelum itu, di Mahkamah Sesyen, peguam mewakili tertuduh memohon anak guamnya dirujuk bagi mendapatkan rawatan psikiatri di Hospital Permai mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.

Fatimah kemudian membenarkan permohonan itu dan menetapkan tarikh 22 Februari depan untuk sebutan semula kes termasuk laporan perubatan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain