PENYANYI Fuad Rahman meluahkan rasa bengang apabila menerima mesej berbentuk gangguan daripada beberapa wanita termasuk golongan transgender di Instagram miliknya. Fuad, 45, berkata, dia tidak menghalang mana-mana golongan meminatinya tetapi bukan dengan menghantar mesej yang tidak sepatutnya. Susulan itu, Fuad minta mereka berhenti menghantar mesej kepadanya selain menghormati keluarga termasuk isterinya Tom yang sedang sarat mengandung. Fuad dan Tom meluahkan ketidakpuasan hati mereka di Instagram Story. "Perempuan atau 'shemale' (transgender) berhentilah DM saya, tulis macam-macam. Isteri saya baca! "Dia sedang sarat mengandung. Nak minat boleh tapi jangan mesej yang tak sepatutnya. Tolong hormat keluarga baru saya," katanya. Fuad berkongsi perkara itu menerusi Instagram Story miliknya pada Rabu. ARTIKEL BERKAITAN: Fuad Rahman dituduh belum berubah, Tom pertahan suami lelaki baik dan bertanggungjawab ARTIKEL BERKAITAN: “Dulu 9 bulan boleh clubbing lagi...” - Tom rasa beza hamil bayi perempuan, cepat penat dan lebih suka tidur Sementara itu, Tom atau Raja Farah Afzan Raja Ikram, 38, berharap Fuad bersabar dengan gangguan tersebut. Secara bergurau, Tom berkata, jika keadaan itu berterusan dia akan menggangu suami wanita yang menghantar mesej kepada Fuad. "Tidak mengapalah sayang, lebih-lebih nanti saya pula mesej laki mereka. Apa ada hal," balasnya. Tom sedang sarat hamil dan menunggu masa untuk melahirkan. Untuk rekod, Tom dan Fuad bernikah pada 23 Februari 2023 di Batam, Indonesia. Sebelum ini Tom pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan hasil perkahwinan tersebut dia dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki. Manakala Fuad pula pernah berkahwin sebanyak dua kali dan memiliki dua orang anak hasil perkahwinan pertama. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!