MENYIMPAN hasrat untuk melancarkan sebuah lagu raya sempena sambutan Aidilfitri tahun ini, usahawan sensasi Iqbal Zulkefli kini sedang berusaha mencari mana-mana komposer yang sudi bekerjasama dengannya. Malah Iqbal atau Ahmad Iqbal Zulkefli, 30, sanggup menawarkan wang sebanyak RM200,000 bagi merealisasikan impiannya itu. Biarpun jumlah tersebut agak besar, namun baginya apa yang lebih penting adalah kualiti sesebuah karya yang bakal dinyanyikan nanti. Iqbal mahu dekati peminat menerusi lagu raya yang bakal dilancarkan nanti. "Saya nak fokus betul-betul mencari lagu yang berkualiti. Kalau boleh lagu itu nanti ikut mode raya seperti mana lagu-lagu evergreen sebelum ini. "Kalau boleh saya mahu mencari komposer yang selalu mencipta lagu raya dan punya pengalaman baik. Biarlah lagu raya itu nanti menepati citarasa pendengar. "Jumlah tersebut hanya untuk mendapatkan khidmat komposer sahaja. Ia belum termasuk lagi muzik video dan pemasaran. Hal itu saya akan fikirkan kemudian," katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad. ARTIKEL BERKAITAN: ‘Aset’ jadi kecil sejak berat badan naik... Iqbal nekad potong usus, sedar ramai wanita tak suka lelaki buncit ARTIKEL BERKAITAN: Iqbal Zulkefli nak ambil anak angkat India, netizen sindir suruh kahwin Inspektor Shiela Iqbal sebelum itu turut berkongsi hal berkenaan dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman Facebook miliknya pada Ahad. Mahu menyemarakkan kemeriahan hari raya, Iqbal juga berkata penghasilan lagu tersebut bukanlah untuk mencari populariti atau membangkitkan elemen kontroversi sebagai strategi pemasaran. "Saya tidak mahu lagu atau video muzik yang merapu. Dalam sama saya ambil kesempatan ketika nama masih menjadi sebutan ini untuk tampil dengan sebuah lagu baru. Jadi saya tidak ganggu atau rosakkan industri muzik IQBAL ZULKEFLI USAHAWAN "Bagaimanapun saya bukanlah nak mencari populariti. Ini juga sebagai tanda saya mahu mendekati orang ramai," ujarnya. Dalam masa sama, Iqbal juga sedar akan ada pihak yang kurang senang apabila dia mahu tampil dengan lagu baharu memandangkan dirinya bukanlah penyanyi sepenuh masa. Namun, Iqbal berkata lagu itu nanti sekadar hiburan buat pendengar dan bukanlah untuk merosakkan industri muzik tanah air. Iqbal berjanji tidak akan lakukan sebarang gimik murahan. "Lagu raya biasanya untuk sekadar hiburan. Bukan dinilai untuk masuk mana-mana anugerah. Jadi saya tidak ganggu atau rosakkan industri muzik. "Ramai juga yang memberi sokongan. Malah ada komposer yang sudah menawarkan diri. Cuma saya belum beri kata putus lagi buat masa sekarang," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!