suria

Berhenti ganggu jika Aiman Hakim mohon maaf, netizen minta Fathia Latiff ‘move on’

Fathia tuntut permohonan maaf daripada Aiman.

SELEPAS berdiam diri daripada mengeluarkan sebarang kenyataan terhadap bekas teman lelakinya, pelakon Fathia Latiff menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada aktor Aiman Hakim Ridza.

Fathia atau Nur Fathia Abdul Latiff, 36, berkata dia akan berhenti menganggu aktor berkenaan selepas permohonan maaf itu dibuat.

"Akan berhenti selepas awak (Aiman) buat permohonan maaf pada saya secara terbuka," katanya.

fathiaaa

Hantaran Fathia yang memaparkan wajahnya bersama Aiman.

Fathia berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada petang Isnin.

Menerusi perkongsian tersebut turut disertakan foto dia didukung oleh Aiman dipercayai diambil semasa zaman mereka bercinta dahulu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meminta agar Fathia melupakan percintaannya yang tidak menjadi bersama Aiman.

Malah mereka juga tertanya-tanya kesalahan yang dibuat Aiman sehingga perlu melakukan permohonan maaf secara terbuka.

ARTIKEL BERKAITAN: Fathia Latiff tiba-tiba naik angin samakan Zahirah seperti bibik, syukur tak kahwini Aiman

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak sakit!” - Fathia Latiff tolak bantuan, kasihan keluarga tanggung malu

"Sudahlah Fathia, bawaklah move on ke apa? Tak penat ke?

"Kenapa Aiman kena minta maaf? Aiman buat salah apa?

"Dah datang balik penyakit dia ini? Kalau ya pun janganlah edit muka sendiri jadi kartun," antara komen netizen.

553 (15)

Fathia sebelum ini cetus kekecohan apabila menyebut nama Zahirah.

Pada Januari lalu, Fathia mencetuskan kekecohan secara tiba-tiba apabila menyamakan Zahirah sebagai wanita memiliki wajah seperti bibik atau pembantu rumah.

Dia juga memuat naik gambar lama dia bersama Aiman Hakim dengan beranggapan bekas kekasihnya itu masih menyayanginya.

Untuk rekod, Aiman dan Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Isaac Raees yang kini berusia dua tahun.

2485071

Aiman dan Zahirah pernah bercinta selama dua tahun sebelum umum berpisah.

Pasangan ini juga bakal menimang cahaya mata kedua selepas memaklumkan berita gembira itu di Instagram pada pertengahan Disember lalu.

Sebelum itu, Aiman dan Fathia pernah menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun namun mereka berpisah pada 2015.

Bagaimanapun setahun selepas berpisah, Fathia pernah memberitahu hubungannya dengan Aiman kembali pulih sebagai kawan bagi memenuhi tuntutan Islam yang melarang memutuskan silaturahim sesama manusia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain