PRESIDEN Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi menyangkal dakwaan terlibat dalam penyelewengan wang penduduk di kawasan kediamannya di Damansara Perdana, Petaling Jaya. Zed atau Rozaidi Abdul Jamil, 43, berkata, tuduhan dilemparkan terhadapnya tidak berasaskan memandangkan dia hanya mememang jawatan sebagai ahli jawatankuasa penduduk (AJK) dan tidak mempunyai sebarang akses terhadap akaun pengurusan kondominium berkenaan. "Itu semua fitnah. Saya bukan bendahari, saya hanya memegang jawatan sebagai AJK yang memastikan segala kemudahan di kondo ini terjaga. "Jadi mana buktinya saya terlibat dalam kewangan akaun penduduk? Apa yang mereka buat ini betul-betul fitnah," katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin. Zed menyerahkan kepada pihak polis untuk membuat siasatan. Menurut Zed, sekiranya pihak mendakwa mempunyai bukti bahawa dia terlibat dengan kes penipuan wang, dia meminta individu berkenaan membuat laporan polis bagi membolehkan pihak berkuasa membuat siasatan mengikut undang-undang. "Kalau mereka ada bukti saya ambil wang penduduk, pergilah buat laporan polis. Kenapa kena ugut saya pula? "Guna prosedur yang betul mengikut undang-undang," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Guna suara dan wajah artis terkenal jual seluar dalam, Zed Zaidi minta hati-hati pihak salah guna AI ARTIKEL BERKAITAN: Zed Zaidi tegur pelakon main cinta di lokasi, Seniman tiada kuasa minta stesen TV gam artis bermasalah Dalam pada itu, Zed mendedahkan punca berlakunya kekecohan tersebut selepas AJK sebelum ini meletakkan jawatan secara beramai-ramai. Lebih mengejutkan, pihak pengurusan tidak melakukan audit terhadap akaun selama lima tahun selain enggan memberikan kerjasama kepada AJK baharu. "Disebabkan itu pasukan saya uruskan melalui mesyuarat agung luar biasa yang diundi oleh penduduk di sini. Itu semua fitnah. Saya bukan bendahari, saya hanya memegang jawatan sebagai AJK. ZED ZAIDI PRESIDEN SENIMAN "Jadi tugas kami adalah untuk menyemak akaun penduduk lebih-lebih lagi sudah lima tahun tidak di audit. Sudah tentu kami perlu buat sesuatu. "Namun pihak mereka tidak mahu beri kerjasama, tidak mahu memberikan maklumat tentang akaun-akaun tersebut. Sehinggalah kami mendapat ugutan ini. Sekarang ini siapa yang perlu takut? Saya atau mereka?," ujarnya. Sebelum ini, Zed meluahkan rasa kesal apabila menerima ugutan yang mengancam keselamatan dirinya dan keluarga. Ia susulan ada pihak melekat memo ugutan pada papan notis dalam lif memaparkan fotonya dan meminta dia untuk memulangkan semula wang yang sudah diambil dalam akaun pengurusan kediaman mereka. Zed risau memikirkan keselamatan isteri dan anak-anak. Kata Zed, susulan daripada ugutan tersebut isteri dan anak-anaknya berada dalam trauma dan ketakutan. Zed turut memberitahu dia sudah membuat laporan polis di Balai Polis Mutiara Damansara pada 16 Februari lalu bagi mencari dalang menulis ugutan tersebut. "Duduk di rumah pun kena kunci rumah. Selama 17 tahun kami tinggal di sini, ini pertama kali kami menerima ugutan di kawasan tempat tinggal sendiri. "Kalau tidak berlaku di rumah saya tidak kisah kerana sebelum ini saya sudah banyak menerima ugutan," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You TONTON VIDEO PILIHAN!