KAKAK kepada Umisya iaitu Nadiah Mazlan menyelar tindakan sebuah jenama pakaian kerana didakwa mengambil kesempatan melakukan teknik pemasaran di atas kemelut rumah tangga adiknya itu. Menurut Nadiah, adiknya itu tidak mengetahui sesi fotografi tersebut turut melibatkan Marissa Dania dan hanya dimaklumkan perkara itu selepas tiba di lokasi penggambaran. Malah, pihaknya sudah memberi amaran untuk tidak memuat naik sebarang hantaran yang melibatkan adiknya dengan anak perempuan kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi itu. "Untuk pengetahuan, Misya memang tidak tahu langsung waktu penggambaran tersebut perempuan (Marissa) ini ada juga untuk shooting produk yang sama. Perkongsian Nadia di Instastory miliknya. "Bila sudah sampai ke tempat casting baru tahu dan pada masa itu juga telah diberitahu untuk tidak memuat naik sebarang hantaran yang melibatkan mereka berdua (Misya dan Marissa)," katanya. Nadiah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya. Dalam pada itu, Nadiah berkata sebagai seorang kakak dia berhak untuk mempertahankan adiknya supaya tidak dijadikan bahan pemasaran untuk menarik perhatian. "Saya komen ini sebab saya perlu pertahankan adik (Misya) saya. Jangan jadikan bahan ini sebagai teknik pemasaran kalian. ARTIKEL BERKAITAN: Tampil sedondon dalam sesi fotografi raya, Marissa dan Aslam dikecam tak jaga hati Umisya ARTIKEL BERKAITAN: Misya suruh tanya tuan badan, Aslam minta beri ruang isu nikah Marissa di Thailand "Tolong jadi manusia yang mempunyai ihsan terhadap manusia lain," ujarnya. Sementara itu, Nadiah juga menggesa pihak jenama pakaian tersebut memohon maaf kepada Misya kerana tindakan itu disifatkan tidak sensitif dengan apa yang berlaku kepada adiknya itu. "Bertaubat dan minta maaf pada Misya kerana mungkin dalam keasyikan, kerasukan dan kesungguhan untuk menaikkan produk jenama kalian, sampai melukakan hati manusia yang sememangnya sudah lama terluka. "Sebaik-baik manusia adalah manusia yang berbuat kebaikan pada manusia lain. Tolong!," katanya. Misya didakwa menjadi mangsa keadaan. Sebelum ini, tular di media sosial beberapa video memaparkan Marissa dan Aslam bergandingan bersama dalam sebuah penggambaran foto. Pasangan tersebut dilihat menggayakan busana berwarna hitam dan dipercayai merupakan model bagi satu jenama pakaian tempatan. Pada 7 Februari lalu, nama Misya dan Aslam menjadi bualan ramai apabila lelaki itu didakwa bernikah dengan anak kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania. Aslam dan Marissa didakwa bernikah di Songkhla, Thailand ketika Misya sedang mengerjakan umrah di Makkah pada 27 Disember tahun lalu. Marissa didakwa menjadi orang ketiga dalam hubungan Aslam dan Misya. Kisah mereka sudah mula diperkatakan pada September tahun lalu apabila Marissa didakwa sebagai orang ketiga sehingga menyebabkan Aslam dan Misya bercerai. Bagaimanapun mereka kembali rujuk ketika masih dalam tempoh idah. Aslam dan Misya mempunyai dua cahaya mata iaitu Hud, 3, dan Nuh, 2 tahun. Sehingga kini, Marissa atau pun Aslam memilih mendiamkan diri berhubung dakwaan sudah berkahwin. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube TONTON VIDEO PILIHAN!