suria

Disangka sudah kembali berumah tangga, Noor Nabila tak sorok kalau ada berita baik

Ramai yang membuat andaian Nabila kembali mendirikan rumah tangga.

SPEKULASI Noor Nabila kembali mendirikan rumah tangga kembali menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen selepas usahawan itu memuat naik foto dalam persalinan pakaian ala pengantin di laman sosial miliknya.

Menjelaskan kekeliruan itu, Nabila atau Noor Nabila Mohd Noor, 40, memberitahu busana itu digayakan untuk penggambaran program Next To Neelofa musim terbaharu.

"Tiada sebarang majlis. Semua itu salah faham sahaja.

nabila 2

Perkongsian Nabila yang menimbulkan salah faham.

"Gambar itu untuk tujuan penggambaran sahaja. Saya pun tidak boleh cerita lanjut tentang program itu dengan terperinci," katanya ketika dihubungi mStar.

Nabila sebelum itu berkongsi gambar di Instagram dengan kapsyen tanda hati.

Ramai yang salah anggap kerana dalam persalinan tersebut dia turut memakai veil bagaikan seorang pengantin.

ARTIKEL BERKAITAN: Engku Emran, Noor Nabila sah nak cerai... Suami keluar rumah sejak Januari lalu

ARTIKEL BERKAITAN: Perkahwinan dengan Noor Nabila bukan kegagalan, ia sudah tertulis - Engku Emran

Malah tidak kurang ramai yang mula mengucapkan tahniah buat kakak kepada pengacara dan usahawan Neelofa ini.

Bagi Nabila dia juga tidak menyalahkan mana-mana pihak yang mudah membuat spekulasi kerana menerusi gambar tersebut juga boleh menimbulkan pelbagai tanda tanya.

"Itu semua salah faham sahaja. Saya pun tidak boleh nak salahkan orang bercakap sebab kapsyen gambar kurang jelas.

Kalau ada majlis tunang atau nikah, saya akan umumkan dengan cara yang betul

NOOR NABILA

USAHAWAN

"Namun ada juga juga yang mengucapkan tahniah dan saya anggap itu doa daripada mereka," jelasnya.

Dalam masa sama katanya dia pasti akan memberitahu kepada orang ramai sekiranya ada berita baik mengenai perkahwinan.

"Kalau ada majlis tunang atau nikah, saya akan umumkan dengan cara yang betul. Bukan dengan kapsyen tergantung sebegitu," jelasnya.

nabila 3

Nabila tidak akan sorok sekiranya kembali bernikah.

Untuk rekod Nabila sebelum ini pernah bernikah dengan pelakon Sharnaaz Ahmad pada April 2017 namun berpisah pada 9 Julai 2020.

Mereka dikurniakan seornag anak lelaki iaitu Jebat Jayden yang kini berusia 6 tahun.

Nabila kembali mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran pada 19 Mac 2021 dan mereka sah bercerai September tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain