suria

Tampil sedondon dalam sesi fotografi raya, Marissa dan Aslam dikecam tak jaga hati Umisya

Marissa dan Aslam bergandingan dalam satu sesi fotografi bersama.

ANAK perempuan kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania sekali lagi mencuri perhatian netizen di media sosial.

Terbaharu, Marissa, 19, dilihat tampil bersama lelaki dikaitkan dengannya iaitu Aslam dalam satu sesi fotografi bersama untuk sebuah jenama pakaian tempatan.

Dalam rakaman video tular itu, pasangan tersebut mengenakan pakaian sedondon berwarna hitam dan dilihat mesra ketika sesi fotografi berkenaan.

Marissa masih mengunci mulut berkenaan dakwaan bernikah di Thailand.

Marissa masih mengunci mulut berkenaan dakwaan bernikah di Thailand.

Ini merupakan kali pertama pasangan ini muncul bersama di media sosial selepas kecoh dakwaan sudah berkahwin.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bengang dengan muat naik klip video berkenaan yang dianggap tidak menjaga sensitiviti isteri pertama Aslam iaitu Umisya Mazlan.

"Kesian Umisya, tak baik tau mereka ni tak jaga hati Misya.

ARTIKEL BERKAITAN: Misya suruh tanya tuan badan, Aslam minta beri ruang isu nikah Marissa di Thailand

ARTIKEL BERKAITAN: Marissa berhimpun bersama semua ahli keluarga, tampil sedondon hadir majlis previu Ramadan

"Geram pula tengok, macam manalah perasaan Misya bila tengok video ni.

"Melampaulah... kot iya pun jangan ambil kesempatan, ada hati yang perlu dijaga," tulis netizen.

Hasil tinjauan mStar, video asli berkenaan sudah dipadam oleh jenama tersebut namun sempat direkod oleh netizen dan dimuat naik kembali di aplikasi TikTok.

2540039

Sebelum ini tular Aslam makan semeja dengan Umisya.

Sebelum ini, sumber terdekat memberitahu kepada mStar bahawa Marissa dan Aslam telah bernikah di Songkhla, Thailand pada 27 Disember tahun lalu.

Pasangan itu dikatakan melangsungkan pernikahan ketika isteri pertama Aslam iaitu Umisya Mazlan berada di Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan umrah.

Pada September tahun lalu, Marissa didakwa sebagai orang ketiga dalam rumah tangga Aslam dan Misya sehingga mereka bercerai.

Ketika itu kecoh di media sosial apabila Misya yang juga ibu kepada dua orang cahaya mata tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan suaminya dengan Marissa di aplikasi X.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain