suria

Wanita mirip Bella Astillah muncul di pejabat agama, nama Aliff Aziz dikaitkan pelakon ditangkap khalwat

Kelihatan Bella hadir di Pejabat Agama pada awal pagi Sabtu. Foto Instagram @melodiTV3 dan Harian Metro

KETIKA kecoh dua selebriti dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium di ibu negara pada awal pagi Sabtu, nama pelakon dan penyanyi Aliff Aziz dikaitkan dengan penangkapan tersebut.

Ia susulan kemunculan wanita mirip isteri kepada Aliff iaitu Bella Astillah di sebuah pejabat agama Islam sekitar pukul 2.30 pagi ditemani beberapa rakannya.

Turut kelihatan adalah penyanyi Adira Suhaimi yang turut menemani Bella.

aliff aziz 2

Nama Aliff menjadi sebutan ramai.

Menerusi perkongsian video di Instagram Melodi, wanita mirip Bella dilihat mengenakan baju berwarna merah jambu, bertudung hitam selain memakai pelitup muka sambil sedang melihat ke arah telefon bimbit miliknya.

"Pelakon dan penyanyi Bella Astillah muncul di Pejabat Agama Islam jam 2.40 pagi, ada apa tu Bella?” tulis kapsyen pada video berkenaan.

Susulan itu, kehadiran Bella dikaitkan ada kena mengena dengan penangkapan dua selebriti tersebut dan ramai mula membuat spekulasi ia melibatkan Aliff.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz mohon maaf kepada Bella Astillah, tiada niat gores hati isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Terkenang kesilapan lalu, Aliff Aziz ‘WhatsApp’ ibu minta maaf... Kesal libatkan keluarga dalam kontroversi sebelum ini

Sebelum itu, Harian Metro melaporkan satu tangkapan dibuat Jabaran Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berdasarkan maklumat orang awam.

Menurut sumber, kedua-dua pelakon itu yang terlibat dalam sebuah penggambaran drama ditahan dikediaman milik aktres tersebut.

Malah pelakon lelaki itu juga didakwa sudah beberapa kali dilihat memasuki rumah pelakon wanita terbabit yang juga adik kepada seorang selebriti.

Aliff dan Ruhainies digandingkan dalam drama Terjerat yang sedang menjalani penggambaran.

Aliff dan Ruhainies digandingkan dalam drama Terjerat yang sedang menjalani penggambaran.

Aliff ketika ini sedang menjalani penggambaran drama bersiri berjudul Terjerat bersama Ruhainies.

Jika benar ia adalah Aliff Aziz, pelakon itu bukan pertama kali berhadapan isu kontroversi.

Itu bukan kali pertama penyanyi asal Singapura itu bersikap curang malah dia dan Bella pernah bercerai pada 2019 akibat sudah tidak tahan dengan sikap Aliff.

Bagaimanapun pasangan tersebut mengambil keputusan kembali rujuk ketika dalam tempoh edah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain