suria

Tak perlu manusia, Umisya cari ketenangan dengan baca al-Quran

Umisya tidak perlukan manusia bila berada di fasa kesedihan.

KEMELUT rumah tangga antara Umisya Mazlan dan suaminya iaitu Aslam yang didakwa telah berkahwin dengan anak kepada pasangan pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania nampaknya masih belum menemui titik noktah.

Berdepan ujian berat itu, Umisya berkata dia tidak memerlukan manusia, sebaliknya mencari ketenangan dengan membaca al-Quran.

"Setiap kesukaran mesti akan ada kesenangan, saya suka ingat benda itu... Allah ada, aku tak perlukan manusia.

size NP 1 (80)

Umisya tenang hadapi dugaan dalam berumah tangga.

"Jadi bila kita sedih, buka al-Quran baca dan teliti ayat-ayat,” katanya dalam satu temu bual video di akaun TikTok Fazsfaozibeaute baru-baru ini.

Dalam rakaman tersebut, Umisya turut mengalunkan ayat daripada surah al-Insyirah.

Kata ibu kepada dua orang anak ini, surah berkenaan memberikan banyak makna mendalam terhadap dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kakak Umisya selar tindakan jenama pakaian, dakwa guna adik untuk marketing... Tidak tahu Marissa terlibat sama sesi fotografi

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak terfikir sampai macam ini” - Umisya kesal jenama pakaian tak sensitif jadikan rumah tangga bahan marketing

"Yang saya suka adalah surah al-Insyirah. Ayat nombor enam, Allah takkan uji kita kalau kita tak mampu,” jelasnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji ketabahan Umisya berdepan dugaan rumah tangga.

"Mulianya hatimu, merdunya suara Umisya. Nada lembut dan bunyi tertib. Ya betul Allah tak akan uji kita seberat apa pun kalau kita tak mampu.

"Sesungguhnya syurga itu mahal, ujian tanda Allah sayang. Betul kata Umisya, sentiasa ingat Allah," tulis netizen.

Allah ada, aku tak perlukan manusia.

UMISYA MAZLAN

ISTERI ASLAM

"Sayang betul Allah dengan Umisya." tulis netizen.

Pada Khamis, tular rakaman video Aslam dan Marissa tampil sedondon memakai baju berwarna hitam sedang melakukan sesi fotografi raya bersama bagi sebuah jenama pakaian tempatan.

Pada masa yang sama, kakak kepada Umisya iaitu Nadiah Mazlan memaklumkan bahawa wanita itu sama sekali tidak mengetahui bahawa Marissa dan Aslam akan terlibat bersama.

size NP 1 (81)

Umisya tidak tahu Aslam dan Marissa ditawarkan kerja oleh jenama pakaian yang sama.

Sebelum ini, sumber terdekat memberitahu kepada mStar bahawa Marissa dan Aslam telah bernikah di Songkhla, Thailand pada 27 Disember tahun lalu.

Pasangan itu dikatakan melangsungkan pernikahan ketika isteri pertama Aslam iaitu Umisya Mazlan berada di Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan umrah.

Pada September tahun lalu, Marissa didakwa sebagai orang ketiga dalam rumah tangga Aslam dan Misya sehingga mereka bercerai.

Ketika itu kecoh di media sosial apabila Umisya tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan suaminya dengan Marissa di aplikasi X.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain