PELAKON Abby Abadi berkongsi luahan hatinya berhubung kontroversi anak perempuannya iaitu Marissa Dania yang didakwa sudah berkahwin di Thailand dan menjadi isteri kedua kepada Ahmad Aslam. Kata Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 47, selepas terpalit kontroversi itu, Marissa memilih untuk menghilangkan diri dan kali pertama mereka bertemu semula semasa menghadiri acara reviu buka puasa, baru-baru ini. "Dia (Marissa) melarikan diri, dia menghilangkan diri," katanya menerusi video sedutan daripada podcast GVV Studio yang dikendalikan pelakon, Datin Rebecca Nur Al-Islam. Marissa ketika berhimpun bersama keluarganya dalam previu bufet Ramadan di sebuah hotel di Selangor. Ketika berdepan kemelut ini, Abby berkata dia tidak mampu berbuat apa-apa, namun percaya Marissa berada dalam keadaan selamat dan boleh hidup berdikari. "Tapi saya tahu dia selamat dekat luar. Itu saya kata, dia rasa dia dah mampu berdiri atas kaki sendiri. Saya serah kepada Allah SWT. "Saya rasa saya tak mampu nak buat apa-apa untuk ubah apa yang dia buat sekarang. "Cuma saya mengharapkan yang terbaik buat dia. Kalau rasa perlukan mama, baliklah," jelasnya. ARTIKEL BERKAITAN: Tampil sedondon dalam sesi fotografi raya, Marissa dan Aslam dikecam tak jaga hati Umisya ARTIKEL BERKAITAN: Marissa dan Aslam kahwin 27 Disember lalu, Norman dan Abby tak restu minta anak berpisah Sebelum ini, tular beberapa video memperlihatkan Marissa dan Aslam melakukan sesi fotografi raya bersama bagi satu jenama pakaian tempatan. Perkongsian tersebut telah menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya mengecam tindakan jenama pakaian tersebut. Netizen mendakwa Marissa tidak menjaga hati ibu bapanya dan isteri pertama Aslam iaitu Umisya Mazlan. Aslam dan Marissa melakukan sesi fotografi raya baru-baru ini. Sebelum ini, sumber terdekat memberitahu kepada mStar bahawa Marissa dan Aslam telah bernikah di Songkhla, Thailand pada 27 Disember tahun lalu. Pasangan itu dikatakan melangsungkan pernikahan ketika isteri pertama Aslam iaitu Umisya Mazlan berada di Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan umrah. Pada September tahun lalu, Marissa didakwa sebagai orang ketiga dalam rumah tangga Aslam dan Misya sehingga mereka bercerai. Ketika itu kecoh di media sosial apabila Misya yang juga ibu kepada dua orang cahaya mata tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan suaminya dengan Marissa di aplikasi X. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!