suria

Kehadiran Bella Astillah dan media punca Ruhainies tak buka pintu, elak perkara tidak diingini berlaku

Ruhainies tampil pertahankan diri.

SELEPAS hampir seminggu mendiamkan diri berhubung isu ditangkap khalwat bersama aktor Aliff Aziz, pelakon Ruhainies akhirnya tampil membuat penjelasan mengenai insiden pada 9 Mac lalu.

Jelas Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, pada malam kejadian adik-beradiknya bercadang untuk makan dan bermalam di rumahnya.

Aktres itu turut mengajak Aliff ikut serta memandangkan aktor itu sudah lama tidak berjumpa dengan keluarganya.

"Adik-beradik saya memang merancang untuk tidur di rumah pada malam itu. Jadi kami rancang untuk makan bersama adik-beradik saya dan beberapa rakan lain.

NP-136

Hantaran Ruhainies di Instagramnya pada malam Khamis.

"Memandangkan Aliff juga baru selesai menjalani penggambaran saya jemput dia untuk turut serta kerana dia juga mengenali keluarga serta adik-beradik saya sejak 10 tahun lalu. Aliff setuju sebab dah lama tak berjumpa dengan mereka," katanya.

Ruhainies menjelaskan perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada malam Khamis.

Namun kata Ruhainies, kakaknya yang juga pelakon Risteena tersangkut dalam kesesakan lalu lintas sebelum dia mengambil keputusan naik ke rumah terlebih dahulu untuk meletakkan barang keperluan penggambaran.

Kata Ruhainies, dia dan Aliff sempat berborak sebelum pintu rumahnya diketuk namun berasa takut membuka pintu apabila mendengar suara seorang lelaki.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bella Astillah tuntut cerai, Aliff Aziz pula tak muncul di mahkamah

ARTIKEL BERKAITAN: Rakaman CCTV individu mirip Aliff Aziz dan Ruhainies tersebar

"Saya ingatkan itu kakak saya sebab dia cakap dia dah nak sampai. Tapi apabila mendengar suara lelaki, semestinya saya takut membuka pintu atas faktor keselamatan," jelasnya.

Sejurus Risteena tiba di rumahnya, kakaknya itu memaklumkan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berada di hadapan rumahnya.

Risteena turut menasihatkan agar dia tidak membuka pintu terlebih dahulu kerana Bella dan pihak media turut berada di hadapan rumahnya.

"Apabila Risteena sampai dia sahkan itu adalah Jawi dan polis. Dia maklumkan kepada mereka dia memang sepatutnya sudah sampai dan berada bersama di dalam rumah kerana sudah berjanji untuk turut serta.

"Kakak juga maklumkan Bella dan pihak media turut berada di depan pintu. Jadi atas faktor keselamatan dan mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku, kakak saya minta supaya saya tidak membuka pintu.

"Setelah berbincang dan ada budi bicara agar pihak berwajib sahaja yang ada di depan pintu, barulah saya buka.

Jadi atas faktor keselamatan dan mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku, kakak saya minta supaya saya tidak membuka pintu.

RUHAINIES

PELAKON

Sementara itu, Ruhainies menjelaskan selepas pemeriksaan dilakukan tiada apa berlaku selain mengikut semua prosedur ditetapkan Jawi ketika ditahan sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

Jelasnya, dia mengakui kekhilafannya di sisi agama dan menyerahkan kes itu kepada pihak Jawi.

"Selepas dijalankan pemeriksaan, tidak ada apa-apa berlaku. Tetapi, hanya mengikut prosedur yang perlu dilakukan oleh pihak berkuasa, saya hanya perlu memberi keterangan sahaja. Setelah selesai, saya kembali ke rumah.

"Walaupun kakak saya datang atau apa, saya mengakui kekhilafan saya di sisi agama, kerana berada dalam situasi itu yang mana sekali gus menimbulkan syak wasangka yang seharusnya dapat dielakkan.

"Siasatan telah dijalankan oleh pihak Jawi dan saya berikan kepercayaan penuh terhadap mereka," jelasnya.

NP-138

Ruhainies dan Aliff didakwa berkhalwat di kediaman aktres itu pada 9 Mac lalu.

Pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan Ruhainies ditahan Jawi di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Mereka bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan sekitar pukul 2 hari sama dan bakal didakwa di Mahkamah Syariah.

Untuk rekod Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun.

Pada Isnin lalu, Bella memfailkan cerai terhadap Aliff dan sebutan kes itu pada Rabu lalu ditangguh pada 4 April depan susulan aktor itu tidak hadir kerana terikat dengan penggambaran.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain