suria

Aliff Aziz tolong angkat barang Ruhainies, hanya duduk di ruang tamu ketika diserbu Jawi

Aliff menegaskan dia tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Ruhainies.

BUKAN mahu menegak benang yang basah, pelakon Aliff Aziz sekali lagi memohon maaf dan mengakui kekhilafan diri susulan ditangkap khalwat dengan aktres Ruhainies pada 9 Mac lalu.

Jelas Aliff, 33, tiada apa yang berlaku di antara dia dan Ruhainies ketika diserbu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di kondominium milik aktres berkenaan.

"Kenyataan ini adalah saya tulis untuk sesiapa yang ingin mendengar.

"Bagaimanapun yang salah tetap salah. Saya bukan nak menegakkan benang yang basah tetapi saya ingin memohon maaf atas kekhilafan saya.

2590866

Susulan Aliff dan Ruhainies ditangkap khalwat, Bella memfailkan cerai terhadap suaminya.

"Namun ingin saya jelaskan bahawa tiada ada apa-apa benda yang berlaku di antara kami," jelasnya.

Aliff berkongsi perkara itu di Instagram miliknya pada malam Khamis.

Dalam pada itu, Aliff menganggap apa yang berlaku sebagai ujian hidup dan akan mengambil perkara itu sebagai iktibar.

Malah, Aliff juga sedar kesilapan yang berlaku bukan sahaja merosakkan reputasinya tetapi nama baik keluarga juga tercemar.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bella Astillah maafkan... Tak sangka sahabat baik sanggup buat perkara buruk itu, kelakuan Ruhainies di lokasi drama sangat baik

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bella Astillah tuntut cerai, Aliff Aziz pula tak muncul di mahkamah

“Saya anggap ini sebagai ujian yang akan saya jadikan pengajaran dan akan lebih berhati-hati di masa akan datang.

“Dan disebabkan kekhilafan saya ini, akibatnya bukan sahaja merosakkan reputasi saya, tetapi juga keluarga.

"Sekali lagi, saya ingin memohon maaf. Terima kasih kerana membaca dan Assalammualaikum,” jelasnya.

Sementara itu, Aliff mendakwa dia hanya membantu Ruhainies mengangkat barang penggambaran aktres itu ke rumah.

Kemudian, Aliff memberitahu dia hanya duduk di ruang tamu dan terkejut selepas ketibaan pihak Jawi menyerbu kediaman berkenaan.

"Semasa sampai di kondominium, saya bantu untuk bawa barang shooting Ruhainies ke atas sementara menunggu Risteena yang masih dalam perjalanan.

"Ruhainies yang pada awalnya menyangka Risteena sudah sampai, terdengar suara lelaki berbual di luar pintu. Kerana risau dan atas faktor keselematan... Risteena beritahu jangan buka pintu sehingga dia sampai.

"Saya hanya berada di dalam rumah, di ruang tamu dan bila situasi itu berlaku, ia memang mengejutkan," ujarnya..

553

Ruhainies sedia berbincang dengan Bella berhubung insiden berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Ruhainies menerusi Instagram miliknya turut menjelaskan kronologi kejadian tersebut selain berharap Aliff dan isterinya, Bella Astillah tidak berpisah.

Malah dia terbuka untuk berbincang dengan Bella mengenai isu itu apabila aktres berkenaan sudah bersedia.

Pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan Ruhainies ditahan Jawi di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Mereka bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan sekitar pukul 2 hari sama dan bakal didakwa di Mahkamah Syariah.

Pada Isnin lalu, Bella memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres namun sebutan pada Rabu lalu ditangguhkan apabila aktor itu tidak hadir kerana terikat dengan penggambaran drama.

Untuk rekod Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain