PELAKON Ruhainies bersedia untuk berbincang apabila Bella Astillah sudah bersedia susulan kes tangkap khalwat melibatkan dia dan aktor Aliff Aziz pada 9 Mac lalu. Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, turut berharap Bella dan Aliff tidak akan berpisah malah sayangkan persahabatan mereka yang terjalin sebelum ini. "Saya sayangkan persahabatan saya dengan Bella dan saya berharap agar dia dan Aliff tidak akan berpisah. "Saya juga bersedia untuk berbincang dengan Bella apabila dia sudah bersedia. Ruhainies dan Aliff didakwa berkhalwat di kediaman aktres tersebut pada 9 Mac lalu. "Saya berharap kenyataan saya ini tidak akan dijadikan bahan provokasi kerana saya tidak ada niat ke arah itu, sebaliknya bersedia menjernihkan keadaan antara kami bertiga," katanya. Ruhainies meluahkan perkara itu menerusi penjelasan panjang lebar berhubung insiden ditangkap khalwat sebelum ini di Instastory miliknya pada malam Khamis. Dalam pada itu, Ruhainies menegaskan dia dan Aliff hanya sekadar rakan biasa dan tidak mempunyai sbarang hubungan istimewa seperti sedang hebat diperkatakan ketika ini. Jelas Ruhainies, Aliff merupakan rakan dan kenalan keluarganya malah adik-beradiknya turut mengenali rapat dengan pelakon itu sejak 10 tahun lepas. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bella Astillah tuntut cerai, Aliff Aziz pula tak muncul di mahkamah ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bella Astillah maafkan... Tak sangka sahabat baik sanggup buat perkara buruk itu, kelakuan Ruhainies di lokasi drama sangat baik "Saya juga ingin menegaskan bahawa saya dan Aliff hanyalah kawan biasa dan bekerjasama dalam drama yang sedang kami bintangi. "Sebaliknya, Aliff merupakan rakan dan kenalan keluarga saya termasuk adik-beradik saya sejak 10 tahun yang lepas," jelasnya. Ruhainies turut memohon maaf kerana membiarkan perkara tersebut berlarutan tanpa kenyataan dan menyebabkan beberapa pihak memanipulasikan pelbagai fakta yang tidak benar dan tidak tepat. Pada 9 Mac lalu, Ruhainies dan Aliff ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) atas tuduhan berkhalwat. Bella memfailkan cerai terhadap Aliff pada Isnin lalu. Kedua-dua pelakon itu yang dibawa ke Jawi untuk siasatan kemudiannya dibebaskan dengan jaminan pada pukul 2 petang hari sama. Susulan kejadian itu, Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres Isnin lalu. Bagaimanapun kes itu ditangguhkan untuk sebutan semula pada 4 April depan selepas Aliff tidak hadir kerana terlibat dalam penggambaran drama. Untuk rekod Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube TONTON VIDEO PILIHAN!