suria

Luahan ibu Aliff Aziz menyentuh hati, percaya doa rawat segala masalah

Ibu Aliff serahkan semua ujiannya kepada Allah.

PERKONGSIAN ibu pelakon dan penyanyi Aliff Aziz menarik perhatian ramai apabila meluahkan rasa sedih dengan isu membabitkan anaknya itu ditangkap khalwat bersama aktres Ruhainies pada 9 Mac lalu.

Siti Hafiza Basharahil berkata, setiap ujian diterima tidak akan membuatnya berputus asa sebaliknya percaya terdapat hikmah di sebaliknya.

"Ada hari akan rasa sedih dan ada hari gembira, jangan putus asa. Apabila hidup susah, ingatlah bahawa tiada yang kekal.

ibu aliff

Perkongsian ibu Aliff yang menjadi perhatian.

"Anda telah melalui hari-hari yang baik sebelum ini dan anda akan merasainya lagi selepas ini dengan rahmat-Nya," katanya.

Hafiza berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya.

Dalam pada itu, Hafiza percaya doa adalah jalan terbaik merawat segala perkara dihadapi ketika ini.

Berkongsi masalah dialami juga dapat membantu mengurangkan beban di dalam dada.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes tangkap khalwat cemar nama baik keluarga, Aliff tegaskan tiada hubungan dengan Ruhainies

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bella Astillah maafkan... Tak sangka sahabat baik sanggup buat perkara buruk itu, kelakuan Ruhainies di lokasi drama sangat baik

"Berhenti berasa risau. Mulakan dengan berdoa dan anda akan merasakan nikmat damai turun ke atas anda. Yakinlah pada Allah.

"Lebih baik bercakap dengan orang tentang masalah anda untuk mendapatkan pandangan dan kepastian mereka. Terima kasih juga kepada Allah atas segala-galanya," katanya lagi.

Pada malam Khamis, Aliff dan Ruhainies akhirnya tampil menjelaskan kejadian sebenar mereka ditangkap selain kedua-dua mereka menafikan mempunyai hubungan istimewa.

aliff aziz 12

Kelibat Aliff dan Ruhainies dirakam CCTV.

Pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan Ruhainies ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Mereka bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan sekitar pukul 2 petang hari sama dan bakal didakwa di Mahkamah Syariah.

Pada Isnin lalu, Bella memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres namun sebutan pada Rabu lalu ditangguhkan apabila aktor itu tidak hadir kerana terikat dengan penggambaran drama.

Untuk rekod Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain