suria

Bukan gertak nak saman bekas adik ipar, Iqbal Zulkefli tunjuk bukti jumpa peguam

Iqbal bersama peguam, Adnan (tengah) dan adiknya Weldan (kiri).

BUKAN sekadar berkata-kata, usahawan Ahmad Iqbal Zulkefli tekad mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas adik iparnya atas dakwaan memburukkan namanya.

Perkara itu dibuktikan sendiri oleh Iqbal, 30, apabila memuat naik foto bersama peguam, Datuk Adnan Seman bersama adiknya, Ahmad Weldan Zulkefli di Instagram miliknya pada pagi Sabtu.

Kata Iqbal, tindakan tersebut diambil selepas bekas adik iparnya tidak henti-henti menyebarkan tuduhan tidak berasas dan menghina dia dan adiknya.

2651016

Iqbal tampil bela nasib adiknya.

"Saya diam tanpa sedikit pun balasan semenjak tahun lepas dia menamakan saya 'jantan babi' selain sering memanggil saya bodoh di Instagram Story.

"Inilah orang yang saya bawa tinggal di rumah saya untuk dibantu. Datang menangis merayu ketika dia bergaduh dengan guru yang membantunya dulu.

"Bertubi-tubi sehingga sekarang memburukkan nama saya dan Weldan di live TikTok juga," katanya.

Tidak hanya itu, Iqbal memberitahu dia juga mempunyai segala bukti kecurangan bekas adik iparnya bersama seorang lelaki yang kini menjadi suaminya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Iqbal Zulkefli hilang sabar... Ada bukti perbuatan buruk bekas adik ipar, mahu selesai di mahkamah

ARTIKEL BERKAITAN: Iqbal Zulkefli tak terkejut adik bercerai, dah setahun putus hubungan dengan keluarga... “Memang dari awal kahwin rumit”

Menurut Iqbal, Weldan mengalami tekanan disebabkan kejadian tersebut malah hampir membuat perkara yang tidak sepatutnya.

"Hakikat dia sudah ada hubungan dengan lelaki lain semasa dalam perkahwinan. Saya ada bukti namun saya tidak mahu mengaibkan dia.

"Tatkala itu Weldan sedang bersedih kerana bercerai sehinggakan masuk hospital akibat tekanan.

"Hampir terjun ke sungai namun diselamatkan oleh pemandu Grab. Dia hebat meraih simpati bahawa dia teraniaya dan tersakiti," luahnya.

Itu hasil usaha bersama sebelum perkahwinan mereka lagi.

IQBAL ZULKEFLI

USAHAWAN

Bukan itu sahaja, Weldan juga terpaksa berputih mata apabila ditipu oleh isterinya apabila menukar nama syarikat bersama kepada miliknya seorang.

Malah adiknya itu terpaksa menanggung derita apabila hilang pendapatan dan mengalami kesusahan hidup selepas kejadian itu.

"Itu hasil usaha bersama sebelum perkahwinan mereka lagi. Weldan berpindah ke sebuah bilik kecil yang sangat hina.

"Tanpa ada kenderaan dan tidak memberikan gaji sebetulnya sehingga hari ini," ujarnya.

weldan 1

Keadaan Weldan dipercayai selepas ditipu bekas isterinya.

Sebelum ini, menerusi temu bual bersama mStar, Iqbal sudah hilang sabar dengan perbuatan bekas adik iparnya kerana menyebarkan fitnah walaupun cuba berdiam diri bagi menjaga aib keluarga.

Iqbal juga memberitahu adik lelakinya juga akan memfailkan saman terhadap bekas isterinya itu atas tuduhan penipuan dan berlaku curang.

Pada Disember 2023, Iqbal memberitahu dia tidak terkejut dengan berita penceraian adiknya dan wanita berkenaan yang juga seorang usahawan sebaliknya sudah menjangkakan perkara tersebut.

Untuk rekod, pasangan berkenaan berkahiwn pada 29 Februari 2021 namun bercerai pada 23 November 2023.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan berusia 2 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain