ISTERI Ippo Hafiz iaitu Fara Roslan menyindir kenyataan penyanyi dan komposer itu yang mendakwa tidak pernah menghalangnya bertemu dengan anak bongsunya. Fara memberitahu jika benar Ippo tidak berbuat demikian sudah tentu dia sudah bertemu dengan anak lelakinya. Malah Fara meluahkan rindu terhadap kanak-kanak dikenali sebagai Ibrahim itu kerana sudah lama tidak bertemu. Perkongsian Fara di Instagram. "Rindu anak mama yang sangat aktif ini. Kalau tiada halangan mesti dah jumpa kan? "Tipu dosa, mati seksa kan dik? Ibrahim pun cakap takut," katanya. Fara berkongsi perkara itu menerusi luahan di Instastory miliknya pada Sabtu. ARTIKEL BERKAITAN: Ippo Hafiz dan isteri belum bercerai, hantar notis kepada pihak lempar tohmahan henti keluar kenyataan ARTIKEL BERKAITAN: Isteri 4 bulan tak balik rumah, Ippo Hafiz fail nusyuz Menerusi hantaran berbeza, Fara turut menafikan keluar dari rumah tanpa keizinan sejak November tahun lalu seperti didakwa Ippo sebelum ini. Malah dia turut menyertakan bukti membawa kedua-dua anak lelakinya keluar dari rumah untuk berjalan-jalan pada Disember tahun lalu. Pada malam Jumaat, Ippo atau Muhammad Hafiz Yaziz, 34, memberitahu anak kedua mereka kini dalam jagaannya dan tidak pernah menghalang Fara datang bertemu kanak-kanak itu. Ippo sebelum ini meminta mana-mana pihak agar tidak menyebarkan berita palsu tentang dirinya. Manakala anak sulung mereka bersama Fara. Ippo juga memaklumkan bertindak menghantar notis kepada pihak yang tidak didedahkan identitinya agar berhenti mengeluarkan kenyataan tidak benar berhubung kemelut rumah tangga mereka. Hantaran yang dibuat Ippo itu dipercayai membalas kepada satu perkongsian individu bernama Yazmin yang mendakwa penyanyi itu mungkir janji dan tidak membenarkan Fara berjumpa dengan anak. Ippo ketika hadir di mahkamah. Pada 12 Mac lalu, Ippo hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Ampang bagi sebutan pertama kes nusyuz yang difailkan terhadap isterinya. Tuntutan dibuat susulan isterinya itu tidak pulang dan keluar rumah tanpa izin sejak November tahun lalu. Untuk rekod Ippo dan Fara mendirikan rumah tangga pada 24 Ogis 2019 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!