suria

[V] Perbicaraan kes amang seksual disambung... PU Azman selesa tutup komen IG, raya meriah tapi belum sempat makan kerepek bawang

Azman lebih selesa untuk mengehadkan komen di media sosial.

KONTROVERSI dan perbicaraan kes amang seksual yang sedang dihadapi oleh Pencetus Ummah (PU) Azman bukanlah punca pendakwah bebas itu menutup ruangan komen di media sosial.

Tiada sebarang sebab dan alasan, Azman atau Azman Syah Alias, 43, berkata dia berasa lebih selesa menghadkan komen netizen di media sosial miliknya itu.

"Tiada apa-apa sebab, saja tutup sebab lebih selesa macam itu. Sebelum ini pernah tutup juga komen di media sosial lepas itu buka balik.

"Bukan sebab tertekan dengan kes yang sedang berjalan ni," katanya kepada mStar.

Azman lebih selesa untuk mengehadkan komen di media sosial.

Azman lebih selesa untuk mengehadkan komen di media sosial.

Azman berkongsi perkara itu sejurus selesai prosiding di Mahkamah Sesyen Seremban, Negeri Sembilan pada petang Isnin.

Perbicaraan kes berkenaan dijalankan secara tertutup.

Sementara itu, peguam mewakili Azman iaitu Mohamad Zahid Ahmad memaklumkan perbicaraan akan diteruskan pada pagi Selasa dengan saksi yang sama.

"Esok sambung bicara terhadap saksi hari ini,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Setahun naik turun mahkamah, PU Azman harap 2024 bawa sinar baharu

ARTIKEL BERKAITAN: [V] PU Azman diperintah bela diri kes amang seksual remaja 17 tahun... Yakin ada hikmah atas musibah menimpa

Ditanya mengenai sambutan Aidilfitri, Azman memberitahu dia menyambut hari raya dalam suasana cukup meriah tahun ini.

Malah pendakwah itu memberitahu masih belum berkesempatan menikmati kerepek bawang pada Syawal kali ini.

"Raya tahun ini meriah Alhamdulillah, cuma kerepek bawang tak jumpa lagi.

"Tahun ni saya sambut raya bersama keluarga tinggal di Perak, lepas ini baru nak balik ke kampung di Rantau, Negeri Sembilan,” katanya.

Azman didakwa atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai 2022.

Azman meraikan sambutan Aidilfitri dengan meriah.

Azman meraikan sambutan Aidilfitri dengan meriah.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa, remaja lelaki berusia 16 dan 17 tahun dengan cara melakukan perbuatan kelucahan melampau.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah tandas dan ruang tamu sebuah rumah di Taman Tiara Sendayan di Nilai, Negeri Sembilan.

Azman didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Untuk rekod, Azman menghadapi 12 pertuduhan seksual iaitu lima pertuduhan di Mahkamah Sesyen Seremban, empat kes di Mahkamah Majistret dan Sesyen Klang, satu pertuduhan di Mahkamah Sesyen Ampang serta dua kes di Mahkamah Shah Alam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain