suria

Wanita tampil diri mengaku kekasih baharu Aliff Aziz, tunjuk bukti video cium pipi... Cerita hubungan teman lelaki dan Ruhainies

Sarah mengaku sebagai kekasih Aliff Aziz.

NAMA Aliff Aziz kembali menjadi bualan netizen selepas muncul seorang wanita dikenali sebagai Sarah Yasmine mengaku dia merupakan kekasih terbaharu pelakon itu.

Menerusi hantaran di Instagram, Sarah mendedahkan dia sudah menjalinkan hubungan istimewa bersama Aliff sejak awal Januari lalu.

Kata Sarah dia memberanikan diri untuk mendedahkan hubungannya selepas melihat Aliff teruk dikecam netizen selepas ditangkap berkhalwat bersama seorang aktres pada Mac lalu.

"Saya merupakan kekasih kepada Aliff Aziz sejak 2024. Memang kedengaran agak mengejutkan semua pihak tapi itulah kenyataan yang ingin saya jelaskan lebih lanjut.

Alif sarah 1

Pendedahan Sarah di Instagram miliknya.

"Betul memang apa yang dilakukan Aliff itu salah. Salah tetap salah tapi Aliff tidak berhak dituduh dituduh keseorang begitu kerana apa yang saya lihat hanya Aliff yang banyak dikecam. Dibenci dan dikeji.

"Sebab perempuan? Ya perempuan yang mempergunakan dia selayaknya bersalah sama. Siapa yang kena tangkap khalwat, dah tahu kan," katanya.

Dalam hantaran itu, Sarah juga memuat naik gambar mesranya bersama Aliff dan paparan skrin mesej antara aktor itu dengan pelakon dipercayai Ruhainies.

Berkongsi detik perkenalan bersama, Sarah memberitahu pada awalnya Aliff sering berkongsi masalah rumah tangga dengannya sebelum mereka menjalinkan hubungan.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz dan Ruhainies tampil mohon maaf, bakal perjelas kejadian sebenar ditangkap khalwat

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz mohon maaf, tersenyum dalam video di IG bukan sindir Bella Astillah

Mereka juga pernah bertemu sebelum Aliff mula menjalani penggambaran drama Terjerat dan kerap menghubungi dirinya seperti biasa sebelum kejadian ditangkap kahwlat.

"Saya mula rapat dengan Aliff awal Januari 2024 apabila selalu berhubungan di laman sosial kerana Aliff mengadu mengenai hubungannya dengan isteri (Bella) tidak baik.

"Dan selalu meminta nasihat dan moral support daripada saya, membuatkan kami lagi akrab dan Aliff mula tunjukkan rasa sayang dan cinta pada saya dan approach untuk bercinta dengan Aliff," ujarnya.

Bagaimanapun dia rasa dicurangi apabila Aliff dipercayai mempunyai hubungan dengan pelakon wanita berkenaan selepas terkantoi panggilan mesra di dalam mesej mereka.

Hancur hati saya melihat perbualan itu, dan melihat semua perancangan jahat.

SARAH YASMINE

KEKASIH ALIFF AZIZ

Katanya, dia juga ada meminta pelakon wanita berkenaan mengundurkan diri daripada menjadi orang ketiga dalam hubungan mereka namun ia sekadar sia-sia.

Malah dia juga tidak sanggup melihat Aliff dipergunakan oleh seorang pelakon wanita itu demi membersihkan nama selepas isu ditangkap berkhalwat.

"Saya mengambil telefon Aliff dan melihat perbualannya di Whatsapp bertulis nama 'NRF' iaitu perempuan yang ditangkap khalwat bersama dia.

"Saya agak terkejut semasa melihat perbualan mereka seperti sedang bercinta sedangkan dalam masa sama dia bercinta dengan saya, hati saya hancur kerana mempercayai Aliff Aziz.

Alif sarah 2

Panjang lebar Sarah berkongsi mengenai dirinya.

"Saya teruskan melihat perbualan Aliff bersama NRF, alangkah terkejutnya saya melihat rancangan-rancangan NRF untuk membolak balikkan hati Aliff kepada Bella.

"Rupanya apa yang Aliff lakukan adalah untuk melindungi NRF dan semua yang Aliff lakukan adalah dengan kata-kata dan suruhan NRF (nampak mcm Aliff dah kena brain-wash)," jelasnya.

Bukan itu sahaja, dia juga mempunyai segala bukti perbualan yang menunjukkan pelakon wanita tersebut dan Aliff berkomplot untuk menjatuhkan Bella Astillah.

Menurut Sarah, dia juga percaya Bella mengetahui kehadirannya sebagai orang ketiga di dalam rumah tangga mereka.

"Semua perbualan (dengan bukti) . NRF yang tolong untuk peguam, pemandu, bodyguard. semua NRF uruskan, dan setiap perbualan Aliff dan NRF ber " love . sayang, rindu" segalanya.

alif sarah 3

Antara bukti yang dikongsikan Sarah.

"Hancur hati saya melihat perbualan itu, dan melihat semua perancangan jahat NRF untuk menjatuhkan Bellla, dan mempengaruhi Aliff untuk berbuat perkara yang tidak sepatutnya sebagai seorang suami Bella yang masih sah.

"Semua bukti video perbualan Aliff dan NRF, bukti-bukti itu hanyalah untuk simpanan saya," luahnya.

Pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan pelakon Ruhainies ditahan Jawi di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Bella pada 13 Mac lalu memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres namun pada sebutan kedua permohonan itu pada 4 April lalu, pelakon kelahiran Singapura itu enggan menceraikannya.

Aliff memberi alasan dia masih sayangkan Bella dan mahu menyelamatkan rumah tangga mereka.

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan mereka pernah bercerai talak satu pada 2019 sebelum kembali rujuk ketika dalam tempoh idah.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masingmasing berusia tujuh dan empat tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain