suria

Isteri pertama dakwa Datuk Red tak balik sambut hari raya, netizen pula ungkit fasal baju kaftan

Sharifah (kanan) dakwa suami tidak pulang menyambut hari raya bersama.

KETIKA Datuk Seri Adnan Abu sedang berusaha menyelamatkan rumah tangganya, isteri pertama usahawan itu mendakwa suaminya tidak pulang ke rumah bersempena sambutan Aidilfitri baru-baru ini.

Datin Seri Syarifah Nur Shafila Hassim, 38, mendedahkan perkara tersebut dalam sesi soal jawab bersama pengikut di Instagram miliknya pada Ahad.

Secara ringkas, Syarifah atau lebih mesra disapa Datin Red memberi gambaran Adnan tidak pulang ke rumah apabila kedua-dua mereka tidak berkongsi sebarang gambar atau video bersama pada 1 Syawal lalu.

datin red 2

Sharifah menjawab soalan pengikut di media sosial.

"Kalau tak post itu maksudnya tiadalah la tu kan?," katanya ringkas.

Adnan sebelum ini pernah memberitahu mahu meraikan Syawal bersama Syarifah dan Adira berserta anak-anak kerana hari raya tahun ini mungkin menjadi yang terakhir mereka sebagai pasangan berkahwin.

Dalam pada itu, menjawab soalan berbeza, Syarifah turut menafikan ada menerima sepasang baju baharu yang dibeli Adnan untuk dia dan madunya, penyanyi Adira Suhaimi.

ARTIKEL BERKAITAN: Datuk Red harap 2 isteri tarik permohonan cerai, mahu Datin Red dan Adira jadi saksi kejayaannya

ARTIKEL BERKAITAN: Kenangan buat anak-anak, Adira dan Datuk sambut 1 Syawal bersama

Syarifah meluahkan rasa pelik dengan isu tersebut kerana tidak mengetahui niat suaminya mahu menghadiahkan baju yang dinyatakan netizen.

"Bila dia beri saya baju? Tiada pun," jawabnya.

Sebelum ini, Adnan menerusi hantaran di TikTok berkongsi video sedang membeli dua pasang baju jenis kaftan berwarna merah dan hitam untuk Syarifah dan Adira.

datuk red 1

Adnan pernah berkongsi membeli baju kaftan untuk dua isterinya.

Salah satu baju kaftan berwana hitam dipercayai sudah diserahkan kepada Adira apabila penyanyi itu muncul memakai pakaian tersebut ketika mengadakan sesi siaran langsung bersama Adnan sebelum ini.

Susulan itu ramai pengikut di media sosial mula menyerang Adnan di ruangan komen untuk bertanyakan kepastian bila dia akan menyerahkan baju tersebut.

Rumah tangga Adnan menjadi bualan ramai sejak beberapa bulan lalu selepas kedua-dua isterinya memfailkan cerai terhadapnya.

datin red 3

Adnan mahu selamatkan rumah tangga bersama Sharifah dan Adira.

Adira membuat permohonan cerai pada 25 Oktober tahun lalu manakala Syarifah pula memfailkan perkara sama pada Januari lalu.

Adnan menerusi beberapa kenyataan di media sosial masih berharap dapat menyelesaikan kemelut rumah tangganya dan meminta Syarifah dan Adira menarik kembali permohonan cerai.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain