suria

Caprice berniat jahat, sepatutnya selidik dahulu! Penerbangan melibatkan Bella & Muaz hanya dua kali, pengurus sentiasa ada

Caprice didakwa mempunyai tujuan tidak baik dengan penyebaran foto, video dan tiket penerbangan Bella bersama Muaz.

ENGGAN berdiam diri lagi, pembantu peribadi Bella Astillah iaitu Niel Rafeq akhirnya tampil bersuara menjelaskan beberapa fitnah melibatkan aktres bawah jagaannya.

Menurut Niel, penyanyi rap Caprice mempunyai tujuan tidak baik terhadap Bella apabila bertindak menyebarkan foto, video dan tiket penerbangan milik Bella dan pelakon Muaz Zabir.

Kata Niel, tiket penerbangan yang hangat diperkatakan bukanlah percutian berdua antara aktor Muaz Zabir bersama Bella sebaliknya atas tujuan kerja.

Malah penerbangan melibatkan Muaz juga hanya berlaku sebanyak dua kali ketika Bella berada di Jogjakarta, Indonesia dan Labuan.

PA bella 2

Antara bukti Niel bersama Bella di lapangan terbang.

"Keterangan mengenai kewujudan 400 gambar, video dan tiket penerbangan yang dimuat naik oleh individu dikenali sebagai Caprice sangat berniat jahat.

"Apabila perkara itu kembali dikongsi di media sosial, ia membuka lebih banyak ruang untuk orang lain menabur fitnah. Jadi, apa motif dan niat sebenar Caprice berbuat sedemikian?

"Sebagai individu bekerja dengan Bella, saya ada di setiap masa dan tempat. Ingin dijelaskan tiket penerbangan dimaksudkan itu adalah ketika Bella berada Jogjakarta dan Labuan (hanya dua kali sahaja penerbangan yang melibatkan Muaz).

"Atas tujuan kerja dan bukannya satu percutian berdua seperti yang dicanang," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Nak bayar kereta pun tak mampu...” - Netizen label wanita tergilakan Aliff Aziz sebagai bodoh

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah disamakan seperti haiwan, perbualan Aliff Aziz burukkan isteri terbongkar

Niel berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya yang turut disertakan sekali beberapa foto sebagai bukti dia menemani Bella dan Muaz.

Bukan itu sahaja, Niel juga menjelaskan penerbangan tersebut juga bukan hanya melibatkan dua orang sebaliknya turut ditemani beberapa individu lain.

Katanya, Caprice sepatutnya menyelidik terlebih dahulu fakta mengenai perkara tersebut sebelum menyebarkan ia kepada orang ramai.

"Di mana Bella berada, saya bersama beberapa individu lain juga ada.

"Sepatutnya, Caprice yang lantang dan sering ingin dilihat hero dalam banyak perkara yang berlaku di Malaysia ini, seharusnya tidak terlepas pandang perkara kecil iaitu selidik dahulu fakta sebenar sebelum main sebar.

PA bella 1

Antara individu yang menemani Bella dan Muaz.

"Jangan hanya kerana ingin menyebelahi satu pihak, awak mengetepikan prinsip mudah ini yang pada akhirnya memburukkan reputasi orang lain.

"Tidakkah anda sedar tindakan berkongsi perkara tidak tepat dan berlandaskan fakta sebenar adalah salah? Berapa besar kerosakan sudah anda buat hasil daripada perkongsian itu?" hujahnya.

Niel juga menegaskan isu melibatkan Bella dan Muaz juga telah diselesaikan secara baik pada tahun lalu selain turut diketahui oleh kedua-dua belah keluarga.

Malah Bella sendiri telah mengakuinya dan membuat penjelasan pada sidang media pada 3 April lalu.

"Perkara yang berlaku tahun lalu itu sudah diketahui oleh keluarga kedua-dua belah pihak, termasuk suami Bella, Aliff Aziz.

553 (22)

Caprice antara individu yang terlibat dalam kes Bella dan Aliff Aziz.

"Mereka juga sepakat untuk menyimpan aib itu selepas Bella mengakui kesilapan dibuat," ujarnya.

Pada malam Rabu, Sarah mendedahkan pelbagai mesej perbualan Aliff dan individu dinamakan sebagai NRF sehingga ia turut mengaitkan beberapa selebriti lain seperti Emma Maembong, Chacha Maembong dan Caprice.

Pendedahan itu dibuat selepas Sarah mengaku dia ialah kekasih Aliff dan terpanggil untuk mendedahkan identitinya selepas tidak tahan melihat aktor itu dihentam teruk susulan kes khalwat.

Pada 13 Mac lalu Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, memfailkan cerai terhadap Aliff di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun semasa sebutan pertama kes tersebut Aliff enggan melafazkan ceria atas alasan masih sayangkan isterinya itu.

Untuk rekod Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain