SELEPAS penyanyi Tom mendedahkan suaminya menerima mesej daripada kekasih gelap Aliff Aziz, kini giliran tuan badan tampil menjelaskan perkara sebenar. Sarah Yasmine menjelaskan dia tidak berniat menganggu atau menyimpan perasaan terhadap Fuad Rahman sebaliknya hanya mahu meminta bantuan memandangkan Aliff ketika itu berada dalam keadaan bahaya. Dedah Sarah, dia meminta bantuan Fuad untuk mencari Aliff yang ketika itu hilang dan dibawa ke sebuah rumah dipenuhi orang tidak dikenali. "Tak perlu bagi amaran, saya tak mahu dan tak pernah nak dengan suami awak (Tom) dan sejujurnya tidak pernah tengok satu pun perkara yang suami awak pernah 'perform'. Perkongsian Sarah di Instastory miliknya. "Fuad sebagai kawan Aliff sebelum ini sentiasa membantu Aliff sampai buat hantaran sana sini dia beri sokongan kepadanya. "Saya hubungi Fuad kerana ketika itu Aliff dalam keadaan tidak selamat," katanya menerusi hantaran di Instastory pada Rabu. Berkongsi lanjut, Sarah memberitahu Aliff pernah melalui fasa yang mana keadaan kesihatan mentalnya tidak stabil sehingga diberikan dadah tanpa kerelaannya. Sarah turut meluahkan rasa kesal kerana menyangka Fuad akan membantu ketika Aliff dalam keadaan bahaya. ARTIKEL BERKAITAN: Kekasih gelap Aliff Aziz mesej Fuad Rahman, Tom beri amaran jangan ganggu suaminya ARTIKEL BERKAITAN: "Nak bayar kereta pun tak mampu..." - Netizen label wanita tergilakan Aliff Aziz sebagai bodoh Kekasih gelap Aliff itu juga membuat permohonan maaf kepada Fuad sekiranya tindakan itu dianggap keterlaluan kepadanya. "Maaf Fuad kerana hubungi awak sebab saya sangka anda akan membantu sekiranya rakan berada dalam keadan bahaya seperti sebelum ini awak memberikan sokongan moral kepada Aliff," ujarnya. Dalam hantaran lain, Sarah juga meminta Fuad agar tidak terus mengeluarkan sebarang kenyataan tanpa mendapatkan kepastian terlebih dahulu. "Lain kali tolong tanya dahulu kenapa saya hubungi awak. Jangan nak buat video hanya kerana nama saya sedang panas. Nama Fuad turut terpalit dengan kontroversi yang membabitkan Bella dan Aliff. "Ia perbuatan tidak bermoral bagi orang seusia awak yang cakap tidak mahu masuk campur tetapi tetap masukkan diri dalam isu ini. Ia sudah berlaku seminggu lalu," ujarnya. Sementara itu, wanita berasal Singapura itu juga bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Tom kerana mendedahkan maklumat peribadinya. "Melanggar privasi dengan mendedahkan nombor telefon saya, boleh saya mengambil tindakan undang-undang? "Mendedahkan adalah salah dan tindakan undang-undnag boleh diambil. Itu sahaja yang boleh saya katakan," tegasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube TONTON VIDEO PILIHAN!