suria

Sarah Yasmine tak duduk diam, kali ini dedah Aliff Aziz dan Sophia Albarakbah masih berhubung

Nama Sophia (kanan) pula didedahkan oleh Sarah.

PENDEDAHAN kekasih gelap kepada pelakon Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine mengenai kecurangan aktor itu nampaknya masih belum berkesudahan apabila kali ini dia membongkar hubungan aktor berkenaan dengan wanita lain pula.

Terbaharu, nama pelakon Sophia Albarakbah pula disebut sebagai wanita yang masih berhubung dengan Aliff.

Meskipun Sophia dan Aliff sebelum ini pernah mengakui silap dan menamatkan hubungan mereka, namun perkongsian terbaharu Sarah pula membuktikan sebaliknya.

sarah yasmine 12

Pendedahan yang dibuat Sarah.

Dalam satu hantaran yang dimuat naik, Sarah memberitahu Aliff masih berhubung dengan Sophia sekitar Mac lalu.

"Jangan cuba nak beritahu yang awak tidak layan, tetapi masih melayan sampai 28 Mac," ujarnya.

Tangkap layar yang dikongsi oleh Sarah itu dipercayai diperoleh dari telefon bimbit Aliff seperti mana pendedahannya sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Sarah Yasmine terpaksa kongsi rakaman Aliff Aziz menangis, minta kekasih salahkan Ruhainies punca segalanya

ARTIKEL BERKAITAN: Puas Ruhainies pujuk ajak jumpa... Sarah Yasmine tetap pendirian, jawab ‘no thanks!’

Sebelum berkongsi paparan mesej daripada aplikasi Whatsapp itu, Sarah berkata dia tidak teragak-agak mendedahkan kisah Sophia selepas berbuat perkara sama kepada Ruhainies.

Baginya pendedahan itu perlu supaya orang ramai tidak terus menyalahkan Aliff apabila dikaitkan dengan ramai wanita.

"Saya tidak akan buat kalau awak tidak mendatangkan kebencian terhadap Aliff dengan kenyataan palsu dan penipuan agar awak nampak baik.

aliff aziz 11

Aliff dan Sophia sebelum ini pernah berlakon sama dalam sebuah drama.

"Semua orang nak tambah kebencian terhadap Aliff tetapi nak sorok diri sendiri. Saya akan pastikan awak juga jatuh. Semua orang layak menerima perkara sama," tegasnya.

Sejak Isnin lalu, perhatian tertumpu kepada Sarah menerusi pendedahan yang dibuat bermula dengan kisah cintanya bersama Aliff.

Dia juga turut menyebut beberapa nama selebriti lain yang pernah dikaitkan dengan Aliff atau mengetahui cerita mengenai pelakon itu.

Tahun lalu, kisah Aliff dan Sophia pernah menjadi bualan hangat selepas mereka mengaku mula rapat ketika sama-sama terlibat dalam penggambaran drama berjudul Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

Mereka kemudian tampil memohon maaf dan Aliff kembali memperbaiki hubungan dengan isterinya iaitu pelakon Bella Astillah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain