suria

Sarah Yasmine terpaksa kongsi rakaman Aliff Aziz menangis, minta kekasih salahkan Ruhainies punca segalanya

Sarah dedah punca dia sebarkan rakaman suara bersama Aliff.

KEKASIH gelap kepada pelakon Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine meminta aktor berkenaan tidak menyalahkan dirinya susulan penyebaran rakaman suara mereka berdua.

Kata Yasmine, dia nekad untuk berkongsi perkara itu disebabkan penipuan yang dibuat oleh aktres Ruhainies kepada dirinya sebelum ini.

"Saya minta maaf kepada Aliff kerana menggunakan rakaman suara ini. Awak boleh marah Ruhainies kerana dia yang menipu saya.

sarah yasmine 3

Rakaman suara yang didedahkan Sarah.

"Awak juga tahu saya tidak sukakan dia. Jadi pergilah marah di sana," katanya.

Sarah berkongsi perkara tersebut di Instastory miliknya pada Jumaat.

Dalam pada itu, Sarah juga memberitahu rakaman tersebut berlaku ketika dia sedang bergaduh dengan Aliff dan sepatutnya perbualan itu hanya diberikan kepada adik aktor berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sampai menangis Aliff Aziz bimbang ditinggalkan kekasih gelap, Sarah Yasmine mahu saman Ruhainies

ARTIKEL BERKAITAN: Tak layan permohonan maaf, Sarah Yasmine tolak pelawaan Ruhainies ajak jumpa... “Awak tipu saya dua kali”

Malah, Sarah juga menafikan dakwaan ketika rakaman itu dia dan Aliff sedang berada di bawah pengaruh alkohol.

"Kita tak mabuk. Kita gaduh empat jam dan disebabkan itu suara dah penat.

"Dalam rakaman ini Aliff berikan telefon dia kepada saya. Kami bergaduh sebab saya dah tidak mahu ada hubungan lagi dengan dia," ujarnya.

sarah yasmine 2

Sarahkan kaitkan nama Ruhainies dalam hubungan dia bersama Aliff.

Menerusi rakaman tersebut, kedengaran Aliff merayu kepada Sarah agar diberi peluang kedua untuk memperbaiki hubungan mereka.

Pelakon itu teresak-esak menangis dan merayu kepada Sarah sehingga sanggup menyerahkan telefon bimbit yang dianggap sebagai hak privasi dirinya.

"Ikhlas di hati, awak sayang saya lagi? Awak masih sayang saya kan? Ada peluang untuk saya perbaiki.

"Saya beri awak telefon saya. Lakukan apa sahaja awak nak. Tanya apa sahaja. Benda paling rahsia adalah di telefon," rayu suara Aliff dalam rakam tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain