suria

Ibu Aliff Aziz muncul kembali, kongsi kata-kata positif selepas anak dan Bella Astillah sah cerai

Hafiza bersyukur Tuhan masih berikan ketenangan hati pada dia dan keluarga.

LAMA mendiamkan diri, ibu kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza akhirnya muncul semula di Instagram dengan meluahkan rasa syukur kerana Allah memberikan ketenangan kepadanya dan keluarga.

Hafiza atau Siti Hafiza Basharahil turut mengucapkan terima kasih atas sokongan semua pihak sepanjang kes penceraian anaknya itu dengan pelakon Bella Astillah.

"Alhamdulillahirobbilalamin di hari Khamis yang penuh barakah ini kami mengucap syukur Allah permudahkan semua urusan dan memberi ketenangan pada kami sekeluarga.

NP-62

Aliff dan Bella sah cerai talak satu.

"Yang baik itu semuanya dari Allah dan sebaliknya adalah khilaf dari kami yg daif dan tidak sempurna.

"Pada anda yang sentiasa mendoakan kami masya-Allah hanya Allah yang dapat membalas jasa baik anda sekalian dan yang sebaliknya tabarakallah juga kami ucapkan," katanya.

Hafiza menulis perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram miliknya pada malam Khamis.

Dalam pada itu, Hafiza sempat memberikan refleksi diri tentang jatuh bangun sesebuah kehidupan.

ARTIKEL BERKAITAN: Enggan bersalaman buat kali terakhir, Aliff Aziz sudah ceraikan Bella Astillah

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz dijangka lafaz talak terhadap Bella Astillah hari ini, sudah setuju beberapa terma penceraian

"Hati yang tenang itu sangat mahal harganya dan hanya Allah yang dapat memberikan kita ketenangan.

"Sebagai insan wajib belajar dari segala kehilafan dan mohon Allah kekalkan semoga kita terus istiqamah untuk menjadi insan yang lebih baik.

"Ajal maut rezeki kebahagian dan semuanya Allah yang tentukan. Kita terus berusaha selebihnya kita bertawakal pada-Nya. Salam buat semua anda insan-insan hebat semoga sentiasa dalam rahmah dan barakah Allah," ujarnya.

Pada Khamis, Aliff dan Bella sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

NP-64

Hafiza kekal positif dengan walau keluarganya ditimpa dugaan hidup.

Untuk rekod, Bella memfailkan permohonan cerai pada 13 Mac lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

la susulan Aliff dan pelakon Ruhainies dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara pada 9 Mac 2024.

Aliff bagaimanapun enggan menceraikan Bella pada sebutan kedua kes tersebut pada 4 April lalu dengan alasan masih sayangkan isterinya dan mahu mempertahankan rumah tangga mereka.

Isu tersebut bertambah rumit apabila timbul dakwaan Bella juga bersikap curang apabila menjalinkan hubungan dengan aktor baharu, Muaz Zabir selepas tersebar foto mesra mereka berdua.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain