KEMELUT cinta pelakon Azri Iskandar nampaknya masih belum berakhir apabila usahawan Datuk Noora Kay memohon aktor berkenaan untuk tampil menyelesaikan masalah antara mereka. Noora, 48, berkata Azri atau Azri Iskandar Zulkiffly Iskandar, 56, perlu tegas membuat keputusan dalam hidupnya tanpa melibatkan orang ketiga. "Azri, awak kena bangun, tolonglah. Ini adalah kehidupan awak, awak kena buat keputusan sendiri. "Awak kena ada tanggungjawab untuk diri sendiri bukan semua benda awak perlu minta orang lain untuk fikirkan. Noora menyifatkan Azri tiada rasa tanggungjawab dalam hubungan. "Saya minta dia selesaikan hal ini, itu sahaja," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Noora mendedahkan punca sebenar dia memutuskan hubungan dengan Azri kerana menyifatkan pelakon filem Pontianak Harum Sundal Malam itu tidak mencapai standard lelaki yang diinginkan. Kata Noora, meskipun sudah mencuba menjalinkan hubungan yang terputus sejak Februari lalu, namun Azri dilihat tidak berubah dan tiada sikap tanggungjawab. "Kalau semua nak tahu kenapa saya mahu memutuskan hubungan, dia sebenarnya tidak memenuhi KPI yang saya mahukan iaitu lelaki yang bertanggungjawab terhadap keluarga. ARTIKEL BERKAITAN: Azri Iskandar tak jadi kahwin, Datuk Noora dedah mereka tak serasi ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ellie Suriaty bukan cemburu bekas suami mahu kahwin, Azri Iskandar terima hakikat tiada jodoh "Selama saya bersama Azri dan pernah pun hubungan kami putus sekejap. Bila cuba menjalin hubungan semula dengannya tetap tiada perubahan. "Dalam hubungan perlu ada sikap tolak ansur (give and take) tapi semuanya hanya saya yang berusaha dalam hubungan kami," ujarnya. Mengulas kenyataan yang pernah dibuat oleh bekas isteri Azri iaitu pelakon Ellie Suriaty, Noora mengakui sikap dia dan aktor tersebut sememangnya berbeza walaupun berkongsi tarikh lahir yang sama. Jelas Noora, Azri tidak pandai untuk membuat keputusan sendiri sebaliknya menyerahkan semuanya kepada bekas isteri. Azri, awak kena bangun, tolonglah. Ini adalah kehidupan awak, awak kena buat keputusan sendiri. DATUK NOORA KAY USAHAWAN "Saya ambil semula kata-kata yang Ellie pernah cakap, walaupun kami (dengan Azri) lahir pada tarikh yang sama tetapi memang perangai kami tidak sama. "Betullah sebab saya seorang yang tegas, saya tahu apa yang saya mahu. Tapi Azri tidak. "Saya beri satu contoh, saya pernah cakap dengan Azri kita dahulukan majlis nikah yang wajib sahaja tetapi dia jawab nantilah kita bincang dengan Ellie," katanya. Noora bagaimanapun memberitahu dia memahami peranan Ellie untuk membantu menguruskan majlis pernikahan dengan Azri namun baginya sebagai lelaki aktor tersebut perlu membuat keputusan sendiri lebih-lebih lagi dalam soal perkahwinan. Azri diminta tampil untuk menjernihkan keadaan. "Saya tidak pernah menolak Ellie untuk menguruskan perkahwinan kami cuma keputusan mestilah datang dari saya dan Azri. "Namun Azri tidak tahu yang mana dia perlu buat keputusan kerana semuanya mahu diberikan kepada Ellie untuk fikirkan bagi pihaknya," katanya. Pada April lalu, kisah Azri dan Noora menjadi perhatian apabila foto mereka makan bersama tular di media sosial yang turut disertai bekas isteri aktor itu, Ellie Suriaty. Malah rakan baik Noora iaitu penerbit Datuk Ayu Puteh juga seakan-akan memberi bayangan Azri bakal menamatkan zaman duda dengan sahabatnya itu. Bagaimanapun pada Selasa lalu, Noora memberitahu mStar hubungannya dengan Azri sudah berakhir dengan perpisahan. Noora mengakui dirinya seorang yang tegas dalam membuat sebarang keputusan. Kata Noora, punca perpisahan tersebut adalah disebabkan dia dan Azri tidak mempunyai keserasian untuk meneruskan hidup sebagai suami isteri. Isu menjadi semakin hangat apabila bekas Ellie, 54, mendakwa punca pasangan itu tidak jadi berkahwin kerana Noora tidak bersetuju tarikh pernikahannya dengan Azri ditunda. Ellie turut berasa kesal apabila Noora memberi alasan tiada keserasian dalam hubungannya. Tambah Ellie, dia tidak bersetuju dengan beberapa perkara ketika perbincangan berkaitan perkahwinan Azri dan Noora dilakukan yang dianggap sebagai berat sebelah selain perlu mengikut telunjuk usahawan tersebut. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!