suria

[V] Datuk Noora Kay minta Ellie Suriaty ‘move on’, biar Azri Iskandar berdikari dan buat keputusan sendiri 

PELAKON dan pengarah Ellie Suriaty diminta tidak lagi mencampuri urusan bekas suaminya iaitu aktor Azri Iskandar terutamanya dalam soal percintaan.

Bekas kekasih Azri iaitu Datuk Noora kay berkata, sebagai lelaki aktor berkenaan perlu berdikari dalam menguruskan kehidupan dan mampu membuat keputusan sendiri tanpa bantuan orang lain.

"Saya rasa lebih baik dia (Ellie) move on sahaja walaupun ada perjanjian dengan arwah nenek Azri selain masih baik dengan keluarga mentua.

"Jangan terlalu banyak campur urusan Azri dengan pasangannya. Biarlah Azri berdikari dan pandai buat keputusan sendiri," katanya kepada mStar.

Noora mahu kemelut yang berlaku antara dia dan Azri dihentikan.

Noora berharap Azri mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan orang lain.

Dalam pada itu, Noora meminta maaf kepada Elly kerana memintanya menjadi penyambut tetamu pada majlis pernikahannya dengan Azri.

Kata Noora, dia juga ada meminta ibunya menjadi penyambut tetamu kerana menganggap mereka berdua lebih mengenali jemputan.

"Kalau saya salah guna ayat ketika minta dia menjadi penyambut tetamu, saya minta maaf.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak capai 'KPI' sebagai suami, Datuk Noora minta Azri Iskandar tegas buat keputusan - "Saya mahu lelaki bertanggungjawab"

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ellie Suriaty bukan cemburu bekas suami mahu kahwin, Azri Iskandar terima hakikat tiada jodoh

"Tetapi saya ada juga minta ibu saya untuk mengambil tugas itu. Saya tak tahu pula ia satu perkara yang salah," ujarnya.

Sementara itu, Noora lega dengan keputusannya berpisah dengan Azri namun tidak mahu memutuskan ikatan silaturrahim bersama aktor berkenaan dan juga Ellie.

Pun begitu, Noora berkata, Ellie ada menghantar mesej kepadanya memberitahu tidak mahu lagi berkawan kerana hubungannya dengan Azri sudah berakhir.

"Saya rasa lega apabila sudah memutuskan hubungan ini (dengan Azri). Apa saya harapkan, tidak mahulah sampai kami bergaduh kerana sebagai seorang Muslim kita perlu menjaga silaturrahim.

Ellie sudah berjanji dengan arwah nenek Azri untuk menjaganya.

Ellie banyak membantu dalam menguruskan hal perkahwinan Azri.

"Tapi Ellie ada mesej saya beritahu tidak mahu lagi berkawan sebab saya dan Azri sudah putus.

"Saya ada juga pujuk dia sebab kami berkawan kerana Allah tapi Ellie tak boleh terima. Jadi saya tak kisah," katanya.

Pada April lalu, kisah Azri dan Noora menjadi perhatian apabila foto mereka makan bersama tular di media sosial yang turut disertai Ellie.

Malah rakan baik Noora iaitu penerbit Datuk Ayu Puteh juga seakan-akan memberi bayangan Azri bakal menamatkan zaman duda dengan sahabatnya itu.

Noora tidak mahu silaturrahim antara dia dan Ellie terputus.

Ellie tidak mahu lagi berkawan dengan Noora.

Bagaimanapun pada Selasa lalu, Noora memberitahu mStar hubungannya dengan Azri telah berakhir disebabkan tiada keserasian untuk hidup sebagai suami isteri.

Isu menjadi semakin hangat apabila Ellie memberitahu punca pasangan itu tidak jadi kahwin kerana Noora tidak bersetuju tarikh pernikahannya dengan Azri ditunda.

Ellie turut berasa kesal apabila Noora memberi alasan tiada keserasian dalam hubungannya.

Tambah Ellie, dia tidak bersetuju dengan beberapa perkara ketika perbincangan berkaitan perkahwinan Azri dan Noora dilakukan yang dianggap sebagai berat sebelah selain perlu mengikut telunjuk usahawan tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain