suria

Dituduh masuk campur urusan rumah tangga adik, tanggungjawab kakak jaga emosi Misya

Sella (kiri) ambil tanggungjawab pertahankan adiknya.

TAMPIL bersuara bagi pihak adik perempuannya, kakak kepada Misya Mazlan menjelaskan dia mempunyai alasan tersendiri apabila tampil mempertahankan personaliti media sosial itu yang kini sedang hamil anak ketiga.

Sella Mazlan berkata, menjadi tanggungjawabnya sebagai kakak untuk menjaga emosi Misya selepas ramai melemparkan kata-kata buruk terhadap adiknya.

"Sebagai kakak kepada Misya, saya harus luahkan apa yang adik saya rasa dan tanggung dari awal sehingga kini. Sekarang adik saya pun tengah berbadan dua.

sella mazlan 2

Sella juga berkongsi Misya kini sedang hamil anak ketiga.

"Untuk jelaskan keadaan dan jaga emosi adik saya, jadi saya perlu bersihkan mana yang mengata adik saya gembira dengan musibah yang menimpa ini," katanya.

Sella menulis perkara tersebut di laman sosial miliknya selepas dia dituduh sengaja menyibuk urusan keluarga Misya yang kini sedang menjadi bualan ramai.

Sebelum ini nama Misya turut diheret netizen yang mendakwa dia tidak sensitif dan berseronok apabila madunya iaitu Marissa Dania kehilangan bayi sulung yang meninggal dunia selepas bersalin pra matang.

ARTIKEL BERKAITAN: Belum berbaik bukan tiada empati, madu ziarah Marissa bantu urus jenazah ‘Baby M’... Misya Mazlan juga sedang hamil anak ketiga

ARTIKEL BERKAITAN: Aslam sahkan bayi sulung bersama Marissa meninggal ketika dilahirkan, sudah maklum kepada Norman Hakim

Sella dalam penjelasan sebelum ini memberitahu Misya turut menziarahi Marissa dan sama-sama terlibat menguruskan jenazah bayinya untuk dikebumikan.

Tambahnya penjelasan di media sosial adalah satu langkah terbaik memandangkan ibu bapa mereka tidak mempunyai platform berkenaan untuk berkongsi sebarang berita.

umisya 1

Misya dituduh tidak sensitif selepas madunya kehilangan anak sulung.

"Maaf ya, mak bapa kami tiada media sosial. Jadi sebagai kakak, kami akan bertanggungjawab sekiranya ada apa-apa yang melibatkan adik kami," ujarnya.

Berita kehilangan bayi sulung Marissa turut disahkan sendiri oleh suaminya Ahmad Aslam pada Sabtu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain