suria

[V] Diminta ulas isu rumah tangga, ini reaksi Ira Kazar

KETIKA pelbagai spekulasi timbul berkait isu rumah tangganya, isteri kepada pengarah dan pelakon Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar dilihat kekal tenang dan memilih untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kontroversi itu.

Malah semasa ditemui mStar di lokasi penggambaran produk milik usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri pada petang Jumaat, Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin hanya memberikan senyuman manis ketika dihampiri bagi mendapatkan penjelasannya.

Ira yang hadir bersama ibunya semasa sesi fotografi itu turut menolak untuk ditemu bual dan dilihat fokus menyelesaikan tugasannya sebagai model tudung keluaran usahawan terkenal itu.

ira kazar 334

Ira bekerjasama dengan Aliff mempromosikan produk.

Sementara itu, Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 37, ketika ditemui menyifatkan Ira sebagai seorang wanita yang tabah meskipun rumah tangganya kini sedang berdepan ujian.

“Sebagai wajah kepada produk saya, Ira nampak seperti wanita yang tabah, baik dan bersopan santun.

“Ira ni juga memang sentiasa menghormati ibunya, kalau kemana-mana pasti mereka akan keluar bersama-sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Belum dua tahun kahwin, Syamsul Yusof dan Ira Kazar tiada persefahaman... Peguam sahkan telah fail cerai

ARTIKEL BERKAITAN: Sedap suara Ira Kazar, tak minat jadi pelakon lagi suka menyanyi

“Jadi saya nampak Ira ada karakter seorang wanita yang bersopan santun dan menyanjungi ibu bapa, sebab itulah keluarga mereka selalu memberi sokongan kepadanya,” katanya.

Dalam pada itu, Aliff mengakui ada bertanyakan kepada Ira mengenai konflik rumah tangganya, namun wanita itu memilih untuk tidak berkongsi perihal peribadi.

“Jujurnya, saya ada cuba bertanya tapi Ira tidak mahu bercerita kisah peribadi dia.

ira kazar 2

Syamsul failkan cerai kerana dikatakan tiada persefahaman.

“Tak naklah menyibuk hal orang lain sebab niat saya cuma beri pekerjaan pada Ira kerana dia memang bagi kerjasama sangat baik,” jelasnya.

Pada Isnin lalu, Syamsul memfailkan penceraian terhadap Ira dan perkara itu disahkan sendiri oleh peguam syarie mewakilinya iaitu Azmi Rais.

Untuk rekod, Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari 2023 di Selatan Thailand.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain