suria

Rakan perniagaan saman Wak Doyok kerana pecah amanah, tuduhan rugi RM3 juta kerana ditipu bersifat subjudis

Wak Doyok sebelum ini mendakwa di ditipu rakan niaga.

RAKAN kongsi kepada pelakon dan pempengaruh media sosial, Wak Doyok tampil membuat penafian berhubungan tuduhan berlaku penyelewengan syarikat bersama milik mereka.

Usahawan bernama Mohamad Hanif Omar itu dalam satu kenyataan mengatakan apa yang dibuat oleh Wak Doyok sebelum ini sebagai melanggar proses mahkamah.

Pihaknya terdahulu telah memfailkan saman terhadap Wak Doyok atas tiga dakwaan termasuk pecah amanah dan sabotaj terhadap syarikat.

wak doyok 2

Wak Doyok juga didakwa melakukan pecah amanah.

Dalam masa sama saman yang dikemukakan itu juga berkaitan pelanggaran amanah terhadap perjanjian yang telah ditandatangai oleh Wak Doyok bersama Syarikat WD Food Group.

"Kenyataan Wak Doyok kepada media bersifat subjudice di mana dan telah melanggar etika dan proses mahkamah yang sedang berjalan.

"Pihak kami juga telah melaporkan tindakan Wak Doyok kepada pihak mahkamah dan akan membuat tindakan undang-undang susulan kenyataan Wak Doyok," ujarnya dalam satu kenyataan kepada mStar pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau tak jadi, malu!” - Wak Doyok dah ada calon isteri, cuma belum sedia ‘expose’ kepada umum

ARTIKEL BERKAITAN: Wak Doyok jumpa Aliff Syukri, malu nama kena petik ikon fesyen berhutang

Dalam masa sama Mohamad Hanif juga memohon orang ramai agar tidak membuat sebarang andaian berhubung kemelut antara mereka sehingga keputusan mahkamah diperoleh.

"Kami memohon supaya pihak-pihak diluar sana tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan perjalanan kes," ujarnya.

Wak Doyok atau Mohd Azwan Md Nor sebelum ini dalam satu kenyataan bersama media memberitahu dia mengalami kerugian lebih RM3 juta akibat ditipu rakan perniagaan.

wak doyok 3

Perbalahan antara Wak Doyok dan rakan niaga berlanjutan ke mahkamah.

Dia juga menyebut pihak yang terlibat merupakan sepasang suami isteri yang telah melakukan pemalsuan dokumen, salah guna kusa serta pecah amanah.

Tambahnya dia berasa sedih kerana sudah melabur kira-kira RM500,000 dalam syarikat berkenaan.

Sementara itu Mohamad Hanif bersama peguamnya akan mengadakan sidang media bagi menjelaskan tuduhan itu pada Isnin depan di Kompleks Mahkamah, Kuala Lumpur.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain